Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Karnival Kolej IBS Miri peluang pelajar belajar jadi usahawan muda

-

MIRI: Majlis perwakilan pelajar Kolej IBS Miri sekali lagi mencuri tumpuan atas kejayaan melaksanak­an program Hari Karnival yang membawa pelbagai produk jualan yang diadakan di ruang legar kolej.

Menariknya, pelajar bukan hanya didedah teori pengajian perniagaan semasa proses kuliah tetapi pelajar juga diberi peluang menganjur serta menggemble­ng idea dalam dunia pemasaran dan perniagaan yang sebenar.

Menyedari hakikat ini, majlis perwakilan pelajar dengan sokongan dari pihak Kolej IBS Miri telah berjaya menganjurk­an Hari Karnival yang mana menyaksika­n 20 gerai yang mempamerka­n pelbagai produk dari produk kecantikan sehingga ke makanan ringan dan minuman.

Mengulas kejayaan acara tersebut, Presiden dan Pengetua Kolej IBS Miri Dr Antony Hii berkata proses pembelajar­an bukan hanya dipraktik melalui teori tetapi proses itu juga harus praktikal supaya pelajar bersedia melalui dunia pekerjaan sebenar.

“Aktiviti ini juga secara tidak langsung menyemai semangat bekerjasam­a dan mengerat silaturahi­m dalam kalangan pelajar memandangk­an tidak semua pelajar mempunyai masa kuliah yang sama,” katanya.

Sesi kemasukan September sedang dibuka bagi lepasan SPM, STPM, Diploma,UEC, O-Level, A-Level bagi kursus diploma pengajian perniagaan.

Selain itu, graduan ijazah sarjana muda juga berpeluang mengikuti pengajian Sarjana (Master) Pengurusan Perniagaan Korporat (‘Corporate Masters in Business Administra­tion’ atau CMBA) dengan kerjasama Universiti Malay- sia Sarawak (UNIMAS), di mana kursus ini juga amat sesuai bagi mereka yang sedang bekerja.

Sila hubungi Kolej IBS Miri menerusi talian 085-438666, atau e- mel info@ ibs. edu. my dan lawati laman utama di www.ibs.edu.my untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? USAHAWAN MUDA: Pelajar Kolej IBS Miri mempamerka­n pelbagai produk jualan semasa berlangsun­gnya Hari Karnival.
USAHAWAN MUDA: Pelajar Kolej IBS Miri mempamerka­n pelbagai produk jualan semasa berlangsun­gnya Hari Karnival.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia