Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda perlu diperjelas fakta sebenar sejarah kemerdekaa­n: Sikie

-

SIBU: Generasi muda yang lahir selepas merdeka perlu dijelaskan dengan fakta sejarah sebenar terutama bagaimana Malaysia dibentuk agar mereka tidak menjadi ‘pemberonta­k’ dalam negara yang merdeka.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak) Datuk John Sikie Tayai berkata, segelintir generasi muda hari ini yang kurang faham mengenai fakta sejarah negara sebenar, cenderung untuk menjadi pembangkan­g atau ‘pemberonta­k.’

“Mungkin kerana kurang faham atau tidak dimaklumka­n dengan jelas ketika berada di sekolah, generasi muda ini banyak yang menjadi ‘pemberonta­k’ atau menentang kerajaan.

“Ini menyebabka­n apa yang dilakukan oleh menterimen­teri, wakil rakyat, ketua masyarakat dan sebagainya, semuanya salah pada pandangan mata mereka,” ujarnya ketika berucap pada Program Membara Semarak Kemerdekaa­n dan Makai Serumpu di Rumah Sekaya, Sungai Penyarai, Kakus baru-baru ini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak itu dihadiri lebih kurang 450 penduduk dari kawasan sekitar.

Hadir sama wakil Pegawai Daerah Tatau Long Jok, Pegawai Penerangan Daerah Tatau Rinta Engkamat, Penghulu Sanok Magai serta yang lain.

Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, dengan program anjuran JASA itu diharap dapat memberi penerangan dengan lebih jelas kepada generasi muda mengenai keadaan hidup masyarakat terdahulu sebelum dan selepas negara merdeka.

Golongan muda kini, katanya, juga harus dimak- lumkan dengan fakta sejarah sebenar terutama mengenai perjuangan generasi terdahulu yang berkorban dalam mendapatka­n kemerdekaa­n untuk Sarawak.

“Ini termasuk mengenai ancaman negara-negara jiran yang mahu menuntut Sarawak dan Sabah apabila kedua-dua negeri ini dipelawa untuk membentuk Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sikie juga berterima kasih kepada penduduk yang telah memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas. Sokongan padu kepada BN itu, katanya, menunjukka­n penduduk di kawasan Data Bian, Sungai Penyarai, Kakus mahukan pembanguna­n yang berterusan di kawasan mereka.

“Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan padu,” ujar Sikie sambil menambah BN mendapat lebih 90 peratus undi di kawasan terbabit.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumka­n geran RM30,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Sekaya dan RM7,000 kepada Biro Wanita Rumah Sekaya.

 ??  ?? SEMARAK MERDEKA: Sikie (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Sekaya sambil diperhatik­an yang lain.
SEMARAK MERDEKA: Sikie (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Sekaya sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia