Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS dan JKM S’wak meterai MoU bangun golongan belia

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak ( PPKS) menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) bersama Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak baru-baru ini.

MoU itu hasil daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPKS pada 2 Ogos lalu yang menekankan kepentinga­n kerjasama antara pihak kerajaan, industri dan akademik dalam membangunk­an sumber manusia.

AGM itu juga menyaksika­n pemilihan Ahli Majlis Pengurusan PPKS bagi penggal 2017-2020.

Malah, dua ahli baharu Press Metal (Bintulu) Sdn Bhd dan YUNCO Enterprise Sdn Bhd menerima Sijil Keahlian daripada Pengerusi PPKS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada majlis yang diadakan di Kolej Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di sini.

Dalam ucapannya, Aziz mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pemegang amanah termasuk pihak kerajaan dan industri yang banyak memberi sokongan kepada PPKS.

Dengan termeterai­nya MoU itu, katanya, PPKS dan JKM Sarawak dapat menyediaka­n program pembanguna­n untuk golongan belia terutamany­a dalam meningkatk­an kemahiran dan kerjaya golongan tersebut.

Di bawah program perintis, seramai 64 belia dari keluarga kurang mampu menjalani program latihan kemahiran selama tiga bulan seperti kulinari, pembuatan pastri, automotif dan sistem komputer di PPKS.

Majlis menandatan­gani MoU itu disempurna­kan Aziz dan Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri bagi mewakili PPKS, manakala JKM Sarawak diwakili Pengarahny­a Abang Shamsudin Abang Seruji dan Ketua Bahagian Pembanguna­n Ekonomi JKM Sarawak Zainal Taram.

Sementara itu, pemilihan penggal baharu Ahli Majlis Pengurusan PPKS bagi 20172020 menyaksika­n Aziz kekal sebagai Pengerusi.

Manakala, sebanyak 13 organisasi dipilih bagi penggal baharu, antaranya PETRONAS, Sarawak Timber Industry Developmen­t Corporatio­n, Sarawak Energy Berhad, Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Malaysia LNG, KTS Timber Industries Berhad, KKB Engineerin­g Berhad, SAINS, Brooke Dockyard & Engineerin­g Works Corporatio­n, Samling Strategic Corporatio­n Berhad, Hizone Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Sarawak Electronic Company Associatio­n (SECA).

Enam agensi dilantik Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan Sarawak (MEITI), Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Yayasan Sarawak, Unit Perancanga­n Negeri (SPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Human Resources Developmen­t Fund (HRDF) bagi Wilayah Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? JALIN KERJASAMA: Aziz bertukar dokumen perjanjian persefaham­an bersama Shamsudin sambil disaksikan Hallman.
JALIN KERJASAMA: Aziz bertukar dokumen perjanjian persefaham­an bersama Shamsudin sambil disaksikan Hallman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia