Utusan Borneo (Sarawak)

39 kes kebakaran belukar dilaporkan di Daerah Sibu tujuh bulan pertama

-

SIBU: Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 39 kes kebakaran belukar telah dilaporkan berlaku di Daerah Sibu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Abdul Mutalib Rashid berkata, daripada jumlah itu, 19 kes yang dilaporkan diterima oleh Balai Bomba Sentral Sibu sementara selebihnya oleh Balai Bomba Sungai Merah.

“Dari 1 Ogos hingga kelmarin, Balai Bomba Sungai Merah telah menerima lima kes kebakaran belukar manakala satu kes dilaporkan di Balai Bomba Sentral Sibu,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Abdul Mutalib berkata, bagi tujuh bulan pertama tahun ini, terdapat dua kes kebakaran hutan dan satu kes kebakaran kebun atau ladang dilaporkan.

“Kita menasihatk­an orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim kemarau dan panas yang melanda kini.

“Namun, jika perlu berbuat demikian, pastikan aktiviti pembakaran itu dipantau dan api dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalk­an tempat tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu, Rogayah Jamain memberitah­u, pihak majlis kini meningkatk­an usaha bagi menangani aktiviti pembakaran terbuka di belakang rumah di kawasan kediaman.

“Laporkan kepada pihak majlis jika ada pihak yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka ini di belakang rumah di kawasan kejiranan anda,” ujarnya. Rogayah juga menyeru orang ramai agar bersama-sama menjaga kebersihan persekitar­an mereka serta alam sekitar.

 ??  ?? ABDUL MUTALIB
ABDUL MUTALIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia