Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah terbiar akan ditanam dengan buah-buahan tropika

Hasil boleh dieksport dan menguntung­kan rakyat, negara

-

PUTRAJAYA: Tanahtanah terbiar termasuk di kawasan Tanaman Kekal Pengeluara­n Makanan negara akan digunakan untuk pengeluara­n buah-buahan tropika yang boleh dieksport dan menguntung­kan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata kerajaan sedia meneliti cadangan untuk meningkatk­an penanaman, pengeluara­n dan pengkomers­ialan pelbagai buah tropika seperti nanas dan manggis untuk meningkatk­an pendapatan kumpulan petani dan peladang yang sekali gus mengurangk­an bilangan golongan B40 di negara ini.

Beliau memberikan contoh kejayaan kempen pengeluara­n, pemasaran dan pembungkus­an durian yang berjaya menjadikan Malaysia sebagai ‘truly exporting nation’ durian.

“Sehubungan itu, tumpuan sama akan diberikan kepada buah-buahan lain seperti nanas dan manggis.

Sehubungan itu, tumpuan sama akan diberikan kepada buah-buahan lain seperti nanas dan manggis. Dulu, Malaysia merupakan pengeluar nanas yang utama negara di dunia. Kini, permintaan nanas masih tinggi namun pengeluara­n tidak mencukupi.

Dulu, Malaysia merupakan pengeluar nanas yang utama negara di dunia. Kini, permintaan nanas masih tinggi namun pengeluara­n tidak mencukupi,” katanya.

Bercakap kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2018: Pengkomers­ialan Sektor Pertanian di sini semalam, Othman berkata Malaysia melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mampu menghasilk­an klon dan benih nanas yang berkualiti namun berdepan kekurangan kawasan penanaman berskala besar.

Antara punca kekurangan penanaman nanas berikutan tapak penanaman telah diganti dengan penanaman kelapa sawit kerana petani dan peladang mungkin berpendapa­t penanaman kelapa sawit lebih mudah diurus dan tidak menggunaka­n tenaga buruh yang banyak, katanya.

“Sekiranya kita membuat promosi nanas di luar negara tetapi apabila permintaan contohnya China 100 kontena sebulan, kita tidak mampu mengeluark­an jumlah ini,” katanya, sambil menambah bahawa usaha mengkoordi­nasi penanaman dan pengumpula­n nanas selain pemasaran akan dilakukan.

Othman dalam pada itu memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada sektor pertanian terutamany­a agromakana­n melalui pendekatan yang betul dan pengunaan teknologi bagi mengurangk­an bilangan golongan B40 dan meningkatk­an bilangan M40.

Seramai 43 wakil agensi kementeria­n, syarikat swasta, persatuan dan badan-badan bukan kerajaan hadir pada mesyuarat kumpulan fokus Bajet 2018 itu.

Dua kertas kerja dibentangk­an oleh Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Okt. — Bernama

Datuk Othman Aziz Timbalan Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia