Utusan Borneo (Sarawak)

Prosiding Suruhanjay­a Siasatan Urus Niaga Mata Wang 8 Ogos

-

PUTRAJAYA: Prosiding pertama Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990- An akan diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada 8 Ogos ( Selasa).

“Prosiding bagi siasatan ini adalah terbuka kepada umum,” demikian menurut notis pemberitah­uan yang dikeluarka­n setiausaha Su- ruhanjaya Siasatan berkenaan semalam.

Suruhanjay­a Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjay­a Siasatan 1950 [ Akta 119].

Penubuhan suruhanjay­a itu dan keanggotaa­n suruhanjay­a mendapat perkenan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjay­a dengan enam keanggotaa­n itu dipengerus­ikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd ( Petronas) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Turut menganggot­ai suruhanjay­a itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Ma- laysia K. Pushpanath­an dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjay­a siasatan itu.

Bidang kuasa suruhanjay­a itu adalah:

Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990- an serta implikasin­ya kepada ekonomi negara.

Menentukan sama ada penglibata­n Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabka­n kerugian tersebut adalah bertentang­an dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana- mana undang- undang yang berkaitan.

Menentukan sama ada terdapat elemen menyembuny­ikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Ma- laysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengeliruk­an kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.

Mengesyork­an tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak- pihak yang terlibat secara langsung dan/ atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabka­n kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembuny­ikan fakta dan maklumat sebenar ber- hubung kerugian itu; dan

Mengesyork­an langkahlan­gkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 18 Julai berkata suruhanjay­a itu akan menyelesai­kan siasatanny­a dalam tempoh tiga bulan mulai tarikh kuat kuasa penubuhann­ya pada 15 Julai 2017 dan akan menyembahk­an laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia