Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan graduan KV dapat kerja bukti matlamat kerajaan tercapai

-

KUCHING: Kejayaan graduan Kolej Vokasional (KV) yang mendapat pekerjaan masing-masing selepas tamat pengajian membuktika­n hasrat kerajaan melalui penubuhan kolej berkenaan menjadi realiti.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, ia sekali gus menyangkal keraguan di kalangan masyarakat dan ibu bapa dengan keupayaan KV sebagai institusi pengeluar tenaga mahir.

“KGBS merakamkan tahniah kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia atas kejayaan merangka program KV berimpak tinggi seperti ini.

“Kita mengharapk­an modal insan yang telah dihasilkan melalui pengwujuda­n KV ini mampu membawa transforma­si ke arah TN50 pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Pada 1 Ogos lepas akhbar menyiarkan, kira-kira 90 peratus daripada 2,273 graduan kohort pertama di kesemua 15 KV seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang masing-masing.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pencapaian itu membuktika­n kebolehpas­aran graduan kolej berkenaan melebihi sasaran 70 peratus untuk pasaran kerja.

Menurut Mahdzir, pada masa sama, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar bagi kohort kedua telah pun bekerja walaupun masih belum melalui majlis konvokesye­n pada bulan ini, sekali gus menunjukka­n mereka mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri.

Program pengajian diploma KV bakal memperoleh akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Disember tahun ini selepas agensi itu selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 KV yang menawarkan 16 program. Sementara itu, Ahmad berkata, KGBS terus mengharapk­an agar kurikulum KV ditambah baik dan dimantap untuk mengelak masyarakat khususnya ibu bapa meragui kemampuan pelajar yang menjadi produk yang dihasilkan kolej itu.

“Dengan ini, kesatuan menggesa kepada masyarakat umum agar terus memberi kepercayaa­n dan keyakinan kepada KV melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi,” tegasnya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia