Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS, YUNCO buka penyertaan kursus Pemasang Kekuda Bumbung Keluli

-

KUCHING: Penyertaan kini dibuka bagi kursus Pemasang Kekuda Bumbung Keluli (Steel Roof Truss Installer) selama tiga bulan anjuran Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan YUNCO Building System Sdn Bhd.

Menurut kenyataan akhbar kelmarin, usaha sama itu adalah susulan Memorandum Persefaham­an (MoU) dimeterai PPKS dan YUNCO semasa Karnival Pendidikan Teknikal PPKS pada September tahun lalu.

Program selama tiga bulan itu direka untuk peserta-peserta dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, manakala Pemasang Kekuda Bumbung Keluli berpengala­man namun tidak bertauliah juga digalak untuk memohon.

Program itu merangkumi reka bentuk kekuda bumbung secara amali, proses pembuatan kekuda dan kaedah pemasangan kekuda bumbung terbaharu yang digunakan oleh industri ini memberi peluang untuk mendapatka­n pekerjaan dalam sektor pembinaan atau menjadi usahawan pemasang kekuda bumbung memandangk­an kursus itu akan meliputi subjek keusahawan­an.

Pengarah Urusan YUNCO dalam satu kenyataan kelmarin memberitah­u, usaha sama dengan PPKS itu adalah untuk melatih tenaga kerja tempatan dengan kemahiran dan pengetahua­n secukupnya dalam industri pembinaan dan pada masa sama, mengurang- kan kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing yang mendominas­i industri tenaga kerja sebanyak 80 peratus.

Hii berkata, kedua- dua YUNCO dan PPKS memainkan peranan penting dalam mencapai keperluan pekerja berkemahir­an dalam industri pembinaan.

Usaha sama itu turut dijalinkan dengan Akademi Binaan Malaysia ( ABM) Wilayah Sarawak dan selepas tamat program nanti, para peserta akan diberi Kad CIDB, Sijil Kecekapan Kemahiran ( SKK) dalam Pemasangan Kekuda Bumbung (Keluli) dari Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dan Sijil Kehadiran dari PPKS serta sijil pengiktira­fan sebagai Pemasang Kekuda Bumbung oleh YUNCO Building System.

Latihan itu akan diadakan di ibu pejabat PPKS, Tabuan Jaya dan sesiapa berminat boleh menghubung­i 082364197 atau Yusuf Kamil (017-855 7726) atau Awang Hasrekim ( 012- 8789382) atau Shahmi (019-810 2290) atau layari laman web PPKS www. ppks. edu. my untuk keterangan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia