Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, CIDB adakan lawatan verifikasi, serah projek CSR di dua sekolah

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), baru-baru ini mengadakan lawatan verifikasi dan penyerahan projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UNIMAS-CIDB kepada dua sekolah rendah yang masing-masing terletak di Bau dan Kuching.

Menurut kenyataan akhbar UNIMAS yang dikeluarka­n kelmarin, dua sekolah rendah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan, Bau dan SK Buntal, Kuching yang telah siap pada 15 Jun lalu.

Delegasi CIDB Malaysia seramai tiga orang yang diketuai Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat CIDB Noryani Ismail bersama Pengarah Bahagian Keterlibat­an Industri dan Transforma­si Komuniti UNIMAS Dr Wan Norizan Wan Hashim dan Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn. Bhd Ang Chee Hon, telah melawat tapak projek untuk meninjau dan menyerahka­n projek berkenaan kepada guru besar sekolah yang terlibat.

Selain itu, antara tetamu yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pegawai CIDB Malaysia Nur Hanis Amsari dan Abdul Ghani Darus, ketua projek bagi kedua-dua sekolah itu.

“Projek CSR CIDB Build Brigade merupakan program CSR antara CIDB Malaysia dengan kerjasama Bahagian Keterlibat­an Industri dan Transforma­si Komuniti UNIMAS di mana dua sekolah (SK Suba Buan, Bau dan SK Buntal, Kuching) telah diberi peruntukan untuk menaik taraf sistem pendawaian elektrik.

“Penaiktara­fan ini bertujuan mengelak berlakunya litar pintas dan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung selain pembinaan projek yang mengambil masa selama tujuh bulan untuk disiapkan ini adalah salah satu inisiatif utama dalam memberi kemudahan kepada murid dan guru serta ibu bapa,” jelas kenyataan akhbar tersebut.

Turut berlangsun­g semasa lawatan verifikasi itu ialah penyerahan Sijil CSR Build Brigade kepada guru besar sekolah terlibat dalam dua majlis berasingan yang diadakan di kedua–dua sekolah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Dr Wan Norizan di talian 082- 582895 atau e- mel kepada whnoriza@ unimas.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia