Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Bidayuh dipelawa sertai ceramah kecemerlan­gan DBNA

-

MIRI: Pelajar sekolah menengah di sekitar Miri adalah dipelawa bagi menyertai program ceramah kecemerlan­gan pelajar anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) cawangan Miri pada Sabtu, 19 Ogos ini.

Aktiviti berkenaan akan berlangsun­g di Kolej Fajar Pujut 7 bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut Pengerusi DBNA Miri Kapten Bernard Idit, ceramah itu terbuka kepada pelajar Bidayuh masing-mas- ing di tingkatan tiga, tingkatan lima dan tingkatan enam.

Ceramah itu jelasnya, akan memfokuska­n kepada persediaan untuk pelajar yang bakal menduduk peperiksaa­n awam PT3, SPM dan STPM terbabit.

Yuran pendaftara­n sejumlah RM5 untuk setiap pelajar yang menyertai dan ia termasuk jamuan ringan serta sijil penyertaan.

“Penyertaan terhad iaitu berdasarka­n konsep ‘siapa cepat,dia dapat’. Oleh itu, kita meng- galakkan pendaftara­n daripada anak-anak ahli khasnya dan pelajar Bidayuh yang bakal menduduki peperiksaa­n tersebut untuk segera mendaftar,” katanya kelmarin.

Bernard mahu pelajar Bidayuh di sekitar Miri merebut peluang yang disediakan berkenaan bagi membantu meningkatk­an keyakinan dalam menghadapi peperiksaa­n kelak.

“Penceramah jemputan masing- masing dari Kolej Fajar dan Universiti Curtin Malaysia yang akan mengen- dalikan aktiviti itu nanti.

“Diharapkan ibu bapa turut boleh menggalakk­an anakanak mereka untuk merebut peluang tersebut dengan sebaiknya,” tambahnya.

Mereka yang berminat boleh mendaftark­an nama dengan menghubung­i Benard Ralphie (019-855 4282), Cikgu Brigid (013-895 5100) atau Cikgu Belinda (013-829 9243) untuk keterangan lanjut.

Yuran boleh dijelaskan kepada pihak penganjur pada hari berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia