Utusan Borneo (Sarawak)

Gerawat serah geran MRP berjumlah RM191,000 kepada tujuh persatuan

-

MARUDI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala kelmarin menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada tujuh persatuan, terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), gereja serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Antara yang menerima peruntukan berjumlah RM191,000 keseluruha­nnya itu ialah JKKK Rumah Selat, Sungai Pasir; JKKK Rumah Jimbau, Gudang; JKKK Kampung Stapang E; JKKK Sungai Rian; JKKK Rumah Adam Ongie serta JKKK Rumah Michael yang kesemuanya di kawasan Poyut/Lubok Nibong dalam konstituen­si Mulu.

Turut menerima peruntu- kan yang sama ialah Tabung Hari Guru Daerah Baram, PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Stapang, Gereja SIB Setapang, Tabika KEMAS Sungai Brit dan Persatuan Pengakap Daerah Baram.

Majlis penyampaia­n cek berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi petang kelmarin.

Sementara itu, Gerawat dalam ucapan ringkasnya memohon kepada ketua kaum atau tuai-tuai rumah panjang agar menggunaka­n peruntukan tersebut dengan baik serta mengikut keperluan dan permohonan yang diminta oleh mereka.

Selain itu, beliau turut mengarahka­n kakitangan­nya turun padang bagi memantau perkembang­an setiap projek tersebut dan memaklumka­n kepadanya semula jika ia sudah siap sepenuhnya atau jika ia masih memerlukan bantuan.

Turut hadir ketua masyarakat setempat iaitu Penghulu Randi Bundan dan Pegawai Khas Gerawat Harry Harold.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Gerawat (berdiri tengah) bersama wakil-wakil yang menerima cek MRP berkenaan.
TERIMA KASIH: Gerawat (berdiri tengah) bersama wakil-wakil yang menerima cek MRP berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia