Utusan Borneo (Sarawak)

Gading: Sabah dapatkan kerjasama dari Indonesia

Gading gajah dirampas di Nunukan didakwa dari Sabah

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mendapatka­n maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung rampasan gading gajah di negara itu baru-baru ini yang didakwa dibawa dari Sabah.

Menterinya Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya akan mengarahka­n pegawainya untuk bekerja rapat dengan pihak berkuasa negara jiran berkenaan bagi mendapat gambaran tepat dan jelas berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini belum dibuktikan bahawa gading gajah berkenaan berasal dari Sabah,”katanya kepada pemberita di sini semalam selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Sambutan Hari Malaysia 2017.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rampasan satu gading gajah di Nunukan, Indonesia baru-baru ini.

Gading seberat 2.7 kilogram berkenaan dirampas dari seorang lelaki rakyat Indonesia yang mendakwa membelinya di Malaysia pada harga RM1,500. Mengenai dakwaan kononnya ada pengusaha industri pelanconga­n tempatan di Sabah menghidang­kan makanan daripada sumber binatang liar yang dilindungi di negeri ini kepada pelancong asing, Masidi berkata jika dakwaan itu benar, pelaku berkenaan boleh dianggap sebagai ‘peng-

Setakat ini belum dibuktikan bahawa gading gajah berkenaan berasal dari Sabah. Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

khianat’.

“Kalau ada orang Sabah terlibat membunuh binatang yang dilindungi sepenuhnya bagi tujuan sajian makanan kepada pelancong, saya boleh katakan mereka adalah pengkhiana­t. Kita adalah antara negeri yang paling beruntung di dunia.

“Kita ada binatang dilindungi yang tidak didapati di negeri lain. Tuhan begitu pemurah kepada Sabah dengan kekayaan flora dan fau- nanya. Tetapi kalau rakyat sendiri pun menjadi pemusnah kepada semua pemberian Tuhan ini, maka saya tidak boleh kata apa-apa lagi,” katanya.

Masidi berkata, perbuatan memusnahka­n alam semula jadi yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya untuk generasi akan datang boleh dianggap sebagai tiada semangat cintakan negeri sendiri dan negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMBUNG: Perintah reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) disambung selama empat hari bermula hari ini manakala seorang peguam dan pembantu wanita ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu...
— Gambar Bernama BERSAMBUNG: Perintah reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporatio­n (FIC) disambung selama empat hari bermula hari ini manakala seorang peguam dan pembantu wanita ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia