Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai JAIS salah guna kuasa didakwa

-

SHAH ALAM: Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyalahgu­nakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.

Tertuduh, Hairul Nizan Mhd Idris, 36, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pegawai dakwah kontrak gred S41 di Pejabat Agama Islam Hulu Langat didakwa menggunaka­n jawatannya untuk mengemukak­an permohonan dan syor pembekalan barangan oleh syarikat Prisma Jaya Kini Resources berjumlah RM10,000 bagi majlis tilawah Al- Quran peringkat daerah itu.

Syarikat pembekalan makanan dan minuman itu dimiliki oleh abang kandung Hairul Nizan dan kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat agama Islam berkenaan pada 1 Feb 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Mohamed Heikal Ismail memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000, namun peguam tertuduh, Hamidi Mohd Noh meminta supaya jumlah itu dikurangka­n kepada RM5,000.

Hamidi berkata, tertuduh tidak mampu menjelaska­n jumlah jaminan yang terlalu tinggi kerana hanya bergaji RM3,000 sebulan dan menanggung isteri yang bekerja sebagai guru serta tiga anak berumur dua hingga 11 tahun.

Rozilah membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 melalui seorang penjamin dan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Selangor setiap hujung bulan. Tertuduh membayar wang jaminan dan kes akan disebut semula pada 4 Sept depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BICARA: Hairul Nizan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dekat Shah Alam, semalam atas pertuduhan menyalahgu­nakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.
— Gambar Bernama BICARA: Hairul Nizan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dekat Shah Alam, semalam atas pertuduhan menyalahgu­nakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia