Utusan Borneo (Sarawak)

Jenayah babitkan pelajar sekolah di S’gor membimbang­kan

-

KLANG: Jenayah kekerasan dan harta benda membabitka­n pelajar sekolah di seluruh Selangor dilihat masih membimbang­kan, sekalipun berlaku trend penurunan jumlah kes dalam tempoh lima tahun kebelakang­an ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Selangor Datuk K. Kumaran berkata kebanyakan pelajar dilaporkan cenderung terbabit dengan kegiatan jenayah itu merangkumi kes samun, pecah rumah, rogol, gengsteris­me dan buli selain menyertai kumpulan kongsi gelap.

“Bermula 2012 hingga Julai tahun ini, terdapat trend penurunan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini, yang mana pada 2012 jumlah kes mencatatka­n 1,247, diikuti 2013 sebanyak 1,418 kes, 2014 (856 kes), 2015 (558 kes) dan pada tahun lepas meningkat sedikit 781 kes manakala dari Jan hingga Julai tahun ini pula hanya 167 kes.

“Walaupun jumlah itu agak rendah berbanding populasi sebenar pelajar di seluruh negeri ini, namun pemerhatia­n serius wajar diberikan bagi membendung kegiatan jenayah ini daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n kempen ‘Anti Gengsteris­me, Budaya Buli dan Gejala Sosial’ Peringkat Sekolah Menengah Daerah Klang Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas di sini, semalam.

Turut hadir Pengetua SMK Sri Andalas Kalsom Redzuan. Kumaran berkata pihak berkuasa, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil langkah segera bagi membendung kegiatan jenayah melibatkan pelajar sebelum ia menular serta memberi kesan buruk kepada negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia