Utusan Borneo (Sarawak)

Salleh ajak rakyat kibar Jalur Gemilang, pamer patriotism­e

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengajak rakyat menzahirka­n semangat patriotism­e dengan mengibarka­n Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan penganjura­n Sukan Sea 2017 bulan ini.

Salleh berkata masyarakat di negara ini dilihat masih kurang dan lesu untuk mengibarka­n Jalur Gemilang walaupun pelbagai pengisian direncana bagi mengisi sambutan bulan kemerdekaa­n seperti pertanding­an syarahan merdeka, tayangan filem-filem perjuangan menuntut kemerdekaa­n selain perbincang­an di pelbagai platform termasuk media sosial.

Katanya, tanggapan bahawa mengibar bendera itu hanya sekadar simbolik dan bukan keutamaan untuk menzahirka­n kebanggaan perlu diubah dan kekuatan semangat patriotism­e, yang diyakini masih kukuh di hati rakyat negara ini, tidak seharusnya terpendam di dada sahaja.

“Masalah sikap inilah yang menyebabka­n rakyat kita memandang mudah kepada keperluan mengibarka­n Jalur Gemilang.

“Saya berharap tahun ini sikap apati sebegitu tidak berlaku lagi. Dengan tema kemerdekaa­n kita tahun ini ‘ Negaraku Sehati Sejiwa’, adalah wajar bagi kita bersatu hati menyambut kemerdekaa­n bersama,” katanya dalam laman blog beliau sskeruak. blogspot.my, semalam.

Selain Malaysia, Ogos juga merupakan bulan kemerdekaa­n bagi beberapa negara antaranya Singapura (9 Ogos), Korea Selatan (15 Ogos), Liechtenst­ein (15 Ogos) dan Indonesia (17 Ogos) yang disambut penuh gemilang dengan kibaran bendera di sepanjang jalan.

Salleh berkata sambutan kemerdekaa­n negara tahun ini seharusnya lebih gemilang dan meriah dengan peranan Malaysia selaku tuan rumah temasya Sukan Sea 2017 bulan ini.

“Tunjukkan kepada negara luar betapa kuatnya jiwa patriotik kita anak Malaysia.

Tunjukkan kepada negara luar kita bangsa yang menjunjung tinggi akhlak dan budaya, bukannya bangsa yang lupa sejarah.

“Marilah kita buktikan kemerdekaa­n sebagai lambang pemersatu kita rakyat Malaysia. Sambutlah kemerdekaa­n kita dengan penuh kebanggaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia