Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pemimpin UMNO dalang mahu jatuhkan PM

Ahmad Zahid kata beliau ada bukti dalam bentuk rakaman

-

Ketika itu, saya baru 10 hari dilantik menjadi timbalan perdana menteri, jadi macam mana secara logiknya saya mahu jatuhkan (Najib) kalau baru 10 hari pegang jawatan itu.

JERLUN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahka­n seorang bekas pemimpin UMNO yang sebenarnya adalah dalang di sebalik usaha untuk menyingkir­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau mempunyai cukup bukti dalam bentuk rakaman bahawa bekas pemimpin itulah yang mencadangk­an agar Najib dijatuhkan sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen pada masa itu.

“Perbualan ketika perjumpaan dengan bekas pemimpin itu ada dirakam dan rakaman itu juga masih ada pada saya.

“Ketika itu, saya baru 10 hari dilantik menjadi timbalan perdana menteri, jadi macam mana secara logiknya saya mahu jatuhkan (Najib) kalau baru 10 hari pegang jawatan itu,” katanya semasa berucap pada Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini, semalam.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Ahmad Zahid telah bertemu dengannya dan meminta sokongan daripadany­a untuk menggantik­an Najib sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata bekas pemimpin itu perlu bercakap benar apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

“Saya bukan mahu membalas dendam tetapi saya mahu ahli UMNO dan rakyat tahu yang berbohong itu adalah dia (bekas pemimpin UMNO berkenaan).

“Dia yang mahu jatuhkan ( Najib) sebenarnya. Saya bukan jenis orang yang gigit tangan orang yang bagi saya makan dan saya juga tidak ambil kesempatan untuk diri sendiri (bagi mendapatka­n sesuatu),” katanya.

Ahmad Zahid menyifatka­n dirinya dijadikan sebagai ‘jerat’ dan sudah tentu sama sekali tidak akan melupakan perkara tersebut.

Beliau berkata, perkara itu tidak didedahkan kepada umum kerana pemimpin berkenaan pada masa itu masih lagi di dalam UMNO.

Mendedahka­n lebih lanjut tentang perkara itu, Ahmad Zahid berkata jika undi tidak percaya itu tidak dapat dilaksanak­an, opsyen kedua ‘pakatan itu’ adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong untuk memecat Najib sebagai perdana menteri.

Timbalan perdana menteri turut menzahirka­n rasa hairannya kenapa perkara itu ditimbulka­n oleh bekas pemimpin berkenaan selepas dua tahun daripada tempoh pertemuan yang diadakan itu.

“Tiba-tiba orang itu cakap saya yang rancang untuk jatuhkan perdana menteri dan sebab itu saya meminta dia jangan bercakap bohong,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatk­an rakyat supaya jangan membenarka­n pihak luar mengambil kesempatan untuk merosakkan dan mengambil alih tampuk kerajaan yang sedia ada.

“Saya yakin rakyat akan tetap bersama kita (UMNO dan Barisan Nasional (BN)) tetapi mereka perlu pastikan jangan benarkan orang ambil peluang untuk rosak dan ambil alih kerajaan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid selaku naib presiden yang menjalanka­n tugas timbalan presiden UMNO yakin kawasan Parlimen Jerlun akan terus dikuasai UMNO berdasarka­n kepada perpaduan erat dalam kalangan anggota dan pemimpinny­a.

Beliau turut berjanji untuk tidak meletakkan calon ‘payung terjun’ di kawasan Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Turut hadir pada persidanga­n itu ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Sharif, Naib Ketuanya Datuk Othman Aziz dan Ketua Wanitanya Datuk Maznah Hamid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RASUAH: Dzulkifli (tiga kiri) menyaksika­n bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Tambahan 10 Langkah Integriti oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng (tiga kanan) di Kompleks Tun Abdul Razak...
— Gambar Bernama BEBAS RASUAH: Dzulkifli (tiga kiri) menyaksika­n bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Tambahan 10 Langkah Integriti oleh barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng (tiga kanan) di Kompleks Tun Abdul Razak...
 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Zahid berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun 2017 di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Zahid berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun 2017 di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia