Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda UMNO serah memorandum desak Lim Guan Eng letak jawatan

-

GEORGE TOWN: Pemuda UMNOPulauP­inangsemal­am menyerahka­n memorandum kepada Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad bagi meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan berikutan kes rasuah yang dihadapiny­a.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata penyerahan memorandum itu berikutan Lim telah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini yang secara tidak langsung mahu membuktika­n beliau bersih daripada gejala rasuah.

“Apabila beliau menandatan­gani IBR, beliau secara tidak langsung mengesahka­n beliau orang yang bersih dan tidak terpalit dengan salah laku dan rasuah, sedangkan beliau masih berhadapan dengan kes mahkamah berkaitan rasuah. Jadi kami minta ketua menteri letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n memorandum itu, di sini semalam.

Terdahulu, Lim menget- uai majlis bacaan ikrar dan menandatan­gani IBR dan tambahan 10 langkah integriti di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini dan disaksikan oleh Dzulkifli.

Rafizal berkata memo- randum itu juga antara lain meminta SPRM membantu dan mempercepa­tkan proses tindakan terhadap kes rasuah membabitka­n ketua menteri itu.

Pada 30 Jun tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMORANDUM: Rafizal menyerahka­n memorandum kepada Dzulkifli (kanan) bagi meminta Lim Guan meletakkan jawatan berikutan kes rasuah yang dihadapiny­a di pekarangan pintu masuk Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town, semalam.
— Gambar Bernama MEMORANDUM: Rafizal menyerahka­n memorandum kepada Dzulkifli (kanan) bagi meminta Lim Guan meletakkan jawatan berikutan kes rasuah yang dihadapiny­a di pekarangan pintu masuk Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia