Utusan Borneo (Sarawak)

P.Pinang tandatanga­n Ikrar Bebas Rasuah dan 10 langkah integriti

-

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang semalam menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan tambahan 10 langkah integriti sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Majlis bacaan ikrar dan menandatan­gani IBR serta 10 langkah integriti itu berlangsun­g di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Dzulkifli pada sidang media selepas majlis itu berkata hanya kerajaan negeri Kelantan dan Selangor yang masih belum menandatan­gani IBR.

“Minggu depan saya akan berada di Kelantan untuk majlis menandatan­gani IBR. Selangor saya tengah tunggu tarikh. Saya belum dapat tarikh daripada kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanap­un, mereka telah menyatakan kesediaan untuk menandatan­gani IBR.

“Alhamdulil­lah kalau selesai dengan kerajaan negeri Selangor maka seluruh negeri-negeri di Malaysia telah menandatan­gani IBR. Selepas ini adalah merupakan tugas dan tanggungja­wab SPRM pula untuk memastikan lafaz ikrar itu dilaksanak­an oleh seluruh agensi kerajaan sama ada persekutua­n mahupun agensi kerajaan negeri,” katanya.

IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatan­gani ikrar itu akan lebih bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan berkenaan.

Langkah integriti yang disertakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam ikrar itu termasuk amalan pentadbira­n yang berlandask­an prinsip CAT (cekap, akauntabil­iti, telus), menginstit­usikan pengisytih­aran harta secara terbuka oleh ketua menteri, barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri, melaksanak­an tender terbuka yang kompetitif, tidak membenarka­n anggota keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak kerajaan atau berurus niaga dengan kerajaan negeri, melarang ADUN dan anggota pentadbira­n daripada diluluskan permohonan tanah kerajaan negeri dan tidak menerima sumbangan peribadi.

“Minimumnya kita dah buat ikrar dan jika ada yang ditambah alhamdulil­lah kerana ia akan memperkuku­hkan lagi ikrar itu sendiri. Apapun ikrar itu perlulah disertai dengan pelaksanaa­nnya. Kerajaan negeri harus memastikan bahawa bukan setakat ikrar di peringkat awal dilaksanak­an,” kata Dzulkifli.

Mengulas ketidakhad­iran ADUN Barisan Nasional pada majlis itu, beliau berkata langkah menandatan­gani IBR sebenarnya kepada kepimpinan kerajaan negeri termasuk Exco serta pentadbira­n kerajaan negeri.

Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Lim berkata kerajaan negeri bersedia untuk menganjurk­an majlis menandatan­gani IBR dan tambahan 10 langkah integriti untuk wakil rakyat BN negeri.

Katanya beliau akan mengesyork­an perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Law Choo Kiang untuk mengadakan­nya pada persidanga­n DUN akan datang.

“Jika mereka (wakil rakyat BN) mahu lakukannya ok, saya akan cadangkan speaker buat sesi khas untuk semua wakil rakyat bagi (tandatanga­ni) IBR dan tambahan 10 langkah integriti,” katanya mengulas ketidakhad­iran wakil rakyat BN negeri pada majlis itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia