Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan dan UTAR kerjasama bina hospital

-

IPOH: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTAR) untuk membina sebuah hospital baharu di Kampar, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ini kerana projek pembinaan hospital baharu bagi menggantik­an hospital sedia ada di pekan lama Kampar itu dilaksanak­an bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“UTAR mahu membina hospital pengajar kira-kira empat kilometer dari lokasi pembinaan hospital baharu di kawasan seluas 40 hektar yang telah diluluskan pembinaann­ya pada 2012 di daerah tersebut.

“Adalah lebih baik kerjasama untuk membina hospital baharu dilaksanak­an kerana ia dapat menjimatka­n kos selain boleh berkongsi kemudahan dan kepakaran, kalau nak bina dua hospital semua kemudahan perlu ada dan ia memerlukan perbelanja­an yang banyak,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 324 kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Hilmi berkata bagaimanap­un kos keseluruha­n pembinaan hospital baharu yang terletak di Taman Kampar Putra itu masih belum diputuskan dan perbincang­an lanjut mengenai perkara itu sedang dijalankan antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kampar Dr Ko Chung Sen baru-baru ini yang mendakwa pembatalan cadangan pembinaan hospital baharu di Kampar setelah kerajaan mempertimb­angkan kawasan bekas lombong itu memerlukan peruntukan yang tinggi bagi tujuan penambakan tanah.

Ko mendakwa pihaknya menerima jawapan bertulis daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m pada 25 Julai lalu mengenai status pembinaan hospital tersebut dan beliau tidak dapat menerima alasan itu memandangk­an pembinaan kondominiu­m dan pangsapuri telah dibina di kawasan berhampira­n tapak pembinaan hospital baharu itu tanpa sebarang masalah sekali gus membuktika­n komposisi tanah bukan masalah utama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH: Hilmi (dua kanan) merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 Jabatan Kesihatan Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama ANUGERAH: Hilmi (dua kanan) merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 Jabatan Kesihatan Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia