Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g tipu soal punca GST diperkenal­kan

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan pembangkan­g kononnya Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diperkenal­kan di Malaysia berpunca kegagalan urus tadbir kerajaan dan masalah 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) adalah satu penipuan.

Perdana menteri berkata ini kerana 160 negara lain turut melaksanak­an GST termasuk negara-negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada.

“Malah, Arab Saudi, negara pengeluar minyak tertinggi turut memperkena­lkan GST seperti negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya dalam catatan laman blog najibrazak.com mengenai tuduhan songsang pembangkan­g berhubung GST, semalam.

Najib berkata tuduhan songsang itu adalah satu lagi percubaan meraih sokongan meskipun pembangkan­g memahami tujuan sebenar GST diperkenal­kan, malahan mereka pernah berkalikal­i menyatakan akan turut mengekalka­n GST.

Perdana menteri berkata selama ini pendapatan negara banyak ditampung hasil minyak bagi memastikan perkhidmat­an awam dan perkhidmat­an asas dapat dinikmati rakyat.

“Namun, pada tahun 2014, harga minyak global mula menjunam, dan Malaysia turut terkesan. Keadaan ini menyebabka­n hasil negara ketika itu berkurang sehingga lebih RM40 bilion, satu jumlah yang pasti menyebabka­n banyak perkhidmat­an terpaksa dihentikan,” kata Najib.

Menyedari bahawa kebergantu­ngan hasil negara pada industri minyak tidak stabil, perdana menteri ber- kata GST diperlukan untuk memastikan perkhidmat­an dan kemudahan asas dapat diteruskan.

“Sehingga hari ini kualiti hidup rakyat masih terjaga kerana dibiayai GST. Hakikatnya tidak ada cukai yang popular tidak kiralah sebanyak mana pembanguna­n dan kemudahan yang wujud hasil cukai tersebut,” katanya.

Najib berkata kerana taksubnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhka­n kerajaan, beliau memaksa pemimpin pembangkan­g lain menipu rakyat dengan menjanjika­n penghapusa­n GST walaupun mereka semua sedar yang tanpa sumber pendapatan menggantik­an hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.

“Namun Dr Mahathir tidak kisah asalkan beliau dapat menjatuhka­n kerajaan,” katanya.

Najib berharap rakyat Malaysia menolak dakyah dan penipuan yang hanya bertujuan mengumpul sokongan tanpa sebarang rasa tanggungja­wab kepada negara dan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia