Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar janji cetuskan ‘kebanjiran’ piala

Penyerang itu akan buktikan nilai dirinya buat PSG yang bercita-cita tinggi

-

PARIS: Superstar Brazil Neymar berjanji untuk mencetuska­n ‘kebanjiran’ piala di Paris Saint Germain (PSG) setelah menyetujui perjanjian selama lima tahun dengan perpindaha­n rekod dunia 222 juta euro (RM1.07 bilion) dari Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu akan mendapat 20 juta euro (RM96 juta) setahun yang sukar dibayangka­n di Paris tetapi menegaskan dia akan membuktika­n nilai diri bagi kelab Perancis milik warga Qatar yang bercitacit­a tinggi tetapi belum mencapai prestasi sebenar.

“Saya amat gembira untuk menyertai Paris Saint-Germain,” kata Neymar.

“Sejak saya tiba di Eropah, kelab ini merupakan antara yang sentiasa berdaya saing dan paling bercitacit­a tinggi. Dan cabaran terbesar, perkara yang paling mendorong saya untuk menyertai rakan sepasukan baharu adalah untuk membantu kelab ini menakluki kejuaraan yang diinginkan oleh penyokong mereka.

“Cita-cita PSG menarik saya ke kelab ini, selain kesungguha­n dan tenaga yang dibawanya. Saya bermain empat musim di Eropah dan saya rasa bersedia untuk menyahut cabaran ini.

“Dari hari ini, saya akan melakukan segalanya yang termampu untuk membantu rakan sepasukan saya yang baharu, untuk membuka lembaran baharu bagi kelab saya dan membawa kegembiraa­n kepada jutaan penyokongn­ya di seluruh dunia.”

PSG berkata Neymar akan diperkenal­kan di satu sidang akhbar di stadium kelab Parc des Princes pada Jumaat (waktu tempatan).

Dia kemudian akan berjumpa dengan penyokong di stadium yang sama pada Sabtu sebelum perlawanan pembukaan musim Ligue 1 menentang kelab yang dinaikkan ke liga utama Amiens.

Legenda bola sepak Pele mengucapka­n tahniah kepada Neymar di atas perpindaha­nnya, dan memberitah­u penggantin­ya dalam jersi nombor 10 Brazil yang masyhur: “Semoga berjaya dalam cabaran baharu anda.”

“Paris adalah sebuah bandar raya yang cantik dan antara yang saya gemari di dunia,” tulis Pele, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali, dalam Twitter.

Jurulatih terkemuka seperti Arsene Wenger di Arsenal dan Jose Mourinho di Manchester United mengadu bahawa langkah itu boleh menyebabka­n inflasi yang jauh lebih tinggi dalam yuran perpindaha­n dan gaji pemain.

“Inflasi juga kelihatan seperti semakin meningkat,” kata Wenger, yang mencorakka­n pengurusan­nya selama 21 tahun di Arsenal dengan perbelanja­an yang cermat.”

Bagaimanap­un, di ibu negara Perancis, keterujaan begitu tinggi di PSG selepas berjaya mendapatka­n seorang bintang ternama untuk akhirnya menjadikan mereka digeruni di kalangan pasukan-pasukan elit dalam bola sepak Eropah, malah Presiden Perancis Emmanuel Macron juga bersemanga­t.

“Ia menambah sesuatu yang menarik. Ya, ia adalah berita baik,” kata Macron.

Suasana lebih suram di Barcelona di mana perhatian beralih kepada pemain yang kelab Catalan itu dapat tandatanga­ni bagi menggantik­an Neymar dalam bulan sebelum jendela perpindaha­n ditutup.

Rakan antarabang­sa Neymar dalam pasukan kebangsaan Brazil, Philippe Coutinho dari Liverpool dan Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund, telah dikaitkan.

Keraguan juga wujud mengenai peranan yang dimainkan oleh pemilik PSG, Oryx Qatar Sports Investment­s (QSI), pada waktu krisis politik bagi negara yang kaya dengan hasil tenaga i t u telah diboikot oleh jiran-jirannya di rantau Teluk sejak beberapa bulan lalu dan akan menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia pada 2022. Akhbar Sepanyol El Mundo menggambar­kan langkah itu sebagai satu ‘pembelian kerajaan’. Namun sementara La Liga membantah selepas ia kehilangan salah seorang bintangnya yang terbesar, pemain Barca tetap mengucapka­n maju jaya kepada pemain yang kini menjadi bekas rakan mereka itu. “Kawanku, saya mengucapka­n selamat berjaya dalam segalanya!!” Luis Suarez menulis dalam Instagram di sebelah sebuah gambar kedua-dua pemain yang berpelukan. “Juga terima kasih kepada anda di atas s o k o n g a n anda, atas segalanya yang saya pelajari b e r s a m a anda dan atas momen unik yang kita luangkan bersama!!! Kekal seperti ini dan jangan berubah, sayang anda, adik.” — AFP

Cita-cita PSG menarik saya ke kelab ini, selain kesungguha­n dan tenaga yang dibawanya. Saya bermain empat musim di Eropah dan saya rasa bersedia untuk menyahut cabaran ini. Neymar Penyerang PSG

 ??  ??
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia