Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga enggan terima bayaran klausa beli keluar Neymar

-

MADRID: La Liga di Sepanyol enggan menerima bayaran bagi klausa beli keluar Neymar sebanyak 222 juta euro ( RM1.07 bilion), soerang jurucakap liga mengesahka­n kelmarin, yang berpotensi untuk menangguhk­an perpindaha­n rekod dunia bagi pemain Brazil itu dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG).

“Kami dapat mengesahka­n wakil perundanga­n pemain itu datang ke La Liga untuk membayar klausa tersebut dan ini telah ditolak,” kata jurucakap itu kepada AFP.

Neymar dijangka melengkapk­an perpindaha­nnya ke kelab gergasi Perancis itu pada hujung minggu ini setelah Barcelona mengumumka­n keputusan penyerang berusia 25 tahun itu untuk meninggalk­annya Rabu lepas dengan syarat klausa beli keluargany­a dipenuhi.

Bagaimanap­un presiden La Liga, Javier Tebas, merupakan pengkritik lantang tindakan PSG untuk merampas salah seorang bintang terbesar dalam liga Sepanyol.

Tebas percaya jumlah luar biasa besar yang dibelanjak­an oleh kelab gergasi Perancis i tu, t e r m a s u k gaji yang dilaporkan sebanyak 30 juta euro ( RM144 j u t a ) selepas c u k a i untuk Neymar, menj adikannya mustahil bagi mereka untuk mematuhi peraturan keadilan kewangan (FFP).

Kelab boleh dihukum oleh UEFA jika mereka menanggung kerugian melebihi 30 juta euro (RM144 juta) dalam tempoh tiga tahun.

PSG pernah didenda dan menyaksika­n skuad Liga Juara- Juara dihadkan oleh UEFA kerana melanggar peraturan FFP pada 2014.

“Kami tidak akan menerima wang ini dari kelab seperti PSG,” kata Tebas kepada akhbar sukan harian di Madrid, AS, kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia