Utusan Borneo (Sarawak)

14 pasukan berentap rebut gelaran

Kejohanan Ragbi 10s Piala Bro Albinus edisi ke-3 disertai seluruh negeri

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Sebanyak 14 pasukan seluruh negeri bakal berentap pada Kejohanan Ragbi 10 sebelah Piala Bro Albinus edisi ketiga di Padang Sukan SMK Sacred Heart di sini bermula hari ini.

Ketua Kesatuan Ragbi Bahagian Sibu (SDRU), Michael Ting berkata beliau sangat gembira dengan peningkata­n bilangan pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Katanya, mendiang Albinus pada suatu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam mengembang­kan sukan ragbi di sini.

“Saya harap peminat sukan ragbi di Sibu dapat membalas jasa mendiang Albinus dan datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding,” katanya di sini kelmarin.

Kuching menghantar enam pasukan diikuti Mukah menghantar dua pasukan, Bintulu (satu) manakala selebihnya dari Sibu.

Pasukan-pasukan terbabit terdiri SDRU, Sibu Goldies, Borneo Wanderers, St Developmen­t Team A and B, Wolfpack RC Kuching, Setiaraja Swiftlet Rugby Club Mukah.

Kenyalang Warrior Kuching, Sibu Army Rugby Team, GB 13 Kuching, Warrior Old Boys Rugby Club Kuching, Politeknik Mukah, Jepak Warior, Bintulu dan Panthers Old Boys.

Ting berkata, semua pasukan mempunyai peluang cerah menjuarai kejohanan ini kerana masing-masing menghantar pemain-pemain terbaik.

“Sibu Swan adalah juara dua edisi lalu tetapi kali ini, Sibu Swan tidak mengambil bahagian dan ini memberi peluang kepada semua pasukan merebut gelaran,” ujarnya.

Ting percaya bahawa SDRU bakal mengetenga­hkan dua pemain import dari Fiji iaitu Iowane Sovatabua dan Sekove mempunyai sedikit kelebihan berbanding pasukan-pasukan lain.

“Bagaimanap­un, tidak ada yang mustahil pada kejohanan sebegini,” katanya.

Pasukan dinobatkan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, diikuti RM2,000 untuk tempat kedua dan RM1,000 untuk pasukan memenangi tempat ketiga.

Penaung SDRU, Dato Sri Bartholome­w Wong dijangka merasmikan majlis pembukaan kejohanan itu dijadualka­n berlangsun­g jam 10 pagi ini.

Manakala majlis penutupann­ya akan disempurna­kan Presiden Kesatuan Ragbi Sarawak, Richard Song jam 4 petang.

Saya harap peminat sukan ragbi di Sibu dapat membalas jasa mendiang Albinus dan datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding. Michael Ting Ketua Kesatuan Ragbi Bahagian Sibu

 ??  ?? IHEANACHO
IHEANACHO
 ??  ?? TING
TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia