Utusan Borneo (Sarawak)

Goetze akan kembalikan semula kegemilang­annya

-

BERLIN: Pemenang Piala Dunia Mario Goetze mengakui masalah metabolism­e yang mengetepik­annya selama lima bulan kini adalah ‘sebahagian daripada kehidupan saya’, dan bintang German itu bakal bermain semula pada malam ini (Sabtu).

Borussia Dortmund menerima kunjungan musuh utama Bayern Munich untuk Piala Super Jerman – perlawanan pramusim tahunan antara masing-masing pemenang Piala Jerman dengan juara Bundesliga – pada malam ini.

Ia adalah perlawanan kompetitif pertama Goetze sejak dia berundur dari bola sepak pada Februari lalu, setelah bermain dalam beberapa perlawanan persahabat­an pramusim Dortmund.

“Saya rasa bagus. Saya dapat mengambil bahagian semula dalam sukan peringkat tertinggi, tetapi saya masih menerima rawatan menerusi ubat yang saya perlu sentiasa makan,” kata Goetze kepada majalah Jerman, Kicker.

“Semua orang ada kekua- tan dan kelemahan mereka dan masalah metabolik adalah sebahagian daripada kehidupan saya sekarang.

“Saya cuma gembira untuk kembali dan dapat melakukan apa yang saya amat sukai.”

Selepas sekian lama berada di tepi, Goetze tahu dia memerlukan masa untuk menemui semula prestasiny­a.

“Saya tidak akan kembali dan menjadi 100 peratus serta-merta setelah lima bu- lan dalam pusat pemulihan,” katanya.

“Sudah tentulah, saya akan memerlukan perlawanan dan sesi latihan untuk menemui semula rentak saya. Itu adalah ketara bagi saya dan, saya harap, bagi semua orang lain juga.”

Ia adalah kawalan dada dan voley Goetze yang menakjubka­n dalam masa tambahan di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, yang membantu Jerman meme- nangi perlawanan akhir Piala Dunia 2014 ketika menentang Argentina.

Tiga tahun kemudian, Goetze, yang baharu berusia 25 tahun, masih belum dijamin tempat dalam skuad Jerman bagi kejohanan pada tahun depan di Russia.

Pembabitan selama tiga tahun yang mengecewak­an di Bayern Munich, di mana jurulatih ketika itu Pep Guardiola menjelaska­n Goetze tidak ada tempat dalam barisan pilihan utamanya, berakhir pada Julai 2016 apabila dia kembali ke Dortmund.

Ia nampak seperti tempat yang sesuai untuk menghidupk­an semula kariernya setelah Goetze berjaya memasuki skuad Jerman setelah membantu Dortmund memenangi kejuaraan Bundesliga pada 2011 dan 2012 di bawah Jurgen Klopp.

Namun Goetze bergelut untuk mempamerka­n sebarang jenis prestasi pada musim pertama selepas dia kembali, yang dipendekka­n pada Februari lalu apabila masalahnya terbongkar dan terapi bermula.

Dia berkata dia diselubung­i hari-hari gelap dalam tempoh beberapa minggu yang pertama selepas diagnosis berkenaan.

“Pada mulanya, ia sukar bagi saya untuk memahami bahawa saya tidak dapat bermain walaupun saya tidak ada kecederaan struktur, tiada otot yang rosak atau ligamen koyak,” kata Goetze.

“Ia bermakna saya perlu ada titik masa untuk dituju – permulaan musim baharu dan dapat bermain semula. Itu adalah perkara yang saya paling nanti-nantikan.”

Perlawanan Piala Super akan menyaksika­n Dortmund menguji diri menentang Bayern di bawah ketua jurulatih baharu Peter Bosz, manakala penyerang PierreEmer­ick Aubameyang bersaing dengan pemain Bayern, Robert Lewandowsk­i.

Bagi Goetze, Piala Super juga peluang untuk meyakinkan ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew, sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Republik Czech dan Norway bulan depan. — AFP

 ??  ?? GOETZE
GOETZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia