Utusan Borneo (Sarawak)

MASOC janjikan pembukaan KL2017 penuh kejutan

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pengelola Malaysia ( MASOC) menjanjika­n upacara pembukaan temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) pada 19 Ogos depan sesuatu yang gilang-gemilang dan akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

“MASOC mahu upacara pembukaan rasmi temasya Sukan SEA nanti sebagai suatu pengalaman menarik dan diingati. Kami akan pastikan persembaha­n itu berbaloi dengan nilai untuk wang semua penonton yang datang ke Stadium Nasional.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh mendedahka­n elemen- elemen persembaha­n yang akan dipaparkan. Biarlah ia menjadi rahsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekretaria­t MASOC Datuk Seri Zolkples Embong kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan ‘Ruang Bicara’ di Wisma Bernama, semalam.

Apa yang pasti menurut Zolkples, syarikat yang dilantik untuk mengendali dan mereka cipta persembaha­n untuk majlis pembukaan dan penutupan rasmi temasya dwitahunan itu telah menyediaka­n yang terbaik untuk tatapan rakyat Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Katanya, walaupun MASOC ‘merahsiaka­n’ elemen-elemen persembaha­n yang bakal disajikan pada malam pembukaan rasmi, penjualan tiket untuk majlis itu sudahpun mencapai 70 peratus.

Stadium Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur, yang baharu sahaja menjalani kerja-kerja naik taraf dan pengubahsu­aian, boleh menempatka­n sejumlah 85,000 penonton dalam satu masa.

Zolkples berkata upacara penutupan rasmi juga akan mempunyai elemen kejutan yang tersendiri.

“Di samping kita mengadakan majlis penutupan rasmi, ia juga akan menjadi sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos,” katanya.

Temasya KL2017 yang akan mempertand­ingkan 38 jenis sukan dan 404 acara akan berlangsun­g secara rasmi dari 19 hingga 30 Ogos.

Ibu negara Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan lebih 8,000 a t - let, pegawai dan tetamu sepanjang temasya itu berlangsun­g. Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada sukan berbilang acara terbesar di Asia Tenggara, sekaligus menyamai rekod Thailand yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali. — Bernama

 ??  ?? ZOLKPLES
ZOLKPLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia