Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Sri Aman: SABERKAS DUN Lingga berikrar bangkit menentang GMA

-

KUCHING: PasukanSAB­ERKAS DUN Lingga berikrar bangkit pada perlawanan kedua menentang GMA (PSKPP) pada aksi Liga Sri Aman/LSC 2017 petang ini di Padang KPSU Lama, Sri Aman.

Pengurus Pasukan, Mas Shamshuddi­n Mohammad berkata kekalahan pada perlawanan pembukaan tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk bangkit pada perlawanan seterusnya.

Menurut beliau, pasukannya juga enggan mendabik dada walaupun berstatus naib juara pada edisi tahun lalu.

“Saingan tahun ini amat sengit dan mencabar kerana semua pasukan bertanding berpeluang mara ke peringkat seterusnya dan perlawanan masih dalam peringkat kumpulan.

“SABERKAS DUN Lingga tahun ini dibarisi pemainpema­in muda berbakat dan sasaran kami bukan hendak mengejar kejuaraan tetapi mahu mengetenga­h dan mencungkil bakat-bakat muda,” katanya.

Jelasnya, pengurusan pasukan berusaha melahirkan pemain-pemain berkualiti untuk persiapan dan persediaan pasukan Sri Aman menghadapi kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Sarawak, Liga bola Sepak Rakyat (LBR) dan Piala Belia pada masa akan datang.

Beliau juga berharap pemain-pemain muda SABERKAS DUN Lingga dapat menunjukka­n kemampuan dan kebolehan agar dapat memikat hati panel pemilih dan terpilih dalam senarai awal pasukan Sri Aman.

“Apa yang penting pada perlawanan ini, semua pemain perlu bermain mengikut apa dirancang. Kawalan dan ketahanan emosi serta tahap disiplin dalam padang juga diberi penekanan,” katanya. KUCHING: Pengendali sementara Sarawak, Pengiran Bala akan menurunkan barisan terkuat untuk berdepan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.

Pe n g i r a n Bala berkata, Sarawak tidak rela keciciran mata dan perlu mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang untuk menjarakka­n mereka daripada zon penyingkir­an.

“Ini adalah misi hidup mati. Kita (Sarawak) tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang ke atas Pulau Pinang untuk menghidupk­an peluang kekal dalam saingan Liga Super tahun depan.

“Justeru itu, saya akan memastikan skuad diturunkan malam esok (malam ini) adalah yang terkuat untuk memastikan kita beroleh kemenangan mutlak,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan semalam.

Keyakinan terhadap anakanak buahnya kian membuak susulan kemenangan 2-1 ke atas Selangor dalam kempen Piala Malaysia pada malam Rabu lalu. Lantas itu, beliau percaya kemenangan itu akan menyuntik semangat pemain-pemain untuk menundukka­n skuad Harimau Kumbang itu malam ini. “Sarawak akan turun dengan semangat positif berdepan Pulau Pinang selepas kemenangan dalam kempen Piala Malaysia.

“Namun, saya saya t e t a p menging at k a n se m u a pemain ti d a k te r l a l u ya k i n dan mem an - d a n g rendah k e - mam- puan Pulau Pinang sehingga mengundang padah kepada diri kita sendiri,” katanya. Apa yang meresahkan Pengiran Bala situasi beberapa pemain tonggak yang masih bergelut dengan kecederaan. Menurutnya, peluang Sahil Suhaimi, Demerson Bruno Costa dan kapten pasukan Ronny Harun masih samar- samar untuk diturunkan pada malam ini kerana belum cergas sepenuhnya. “Saya akan lihat dahulu keadaan mereka hari ini (semalam), jika masih tidak mengizinka­n kita terpaksa merehatkan mereka. “Apapun, saya tetap yakin dengan pemain-pemain sedia ada untuk menggalas tugas diberikan,” katanya sambil tidak menolak akan membuat ro m b a k a n kecil terhadap barisan skuadnya.

 ??  ?? PENGIRAN BALA
PENGIRAN BALA
 ??  ??
 ??  ?? BURU KEMENANGAN: Pasukan SABERKAS DUN Lingga berikrar memburu kemenangan menentang GMA (PSKPP) pada aksi Liga Sri Aman/LSC 2017 petang ini.
BURU KEMENANGAN: Pasukan SABERKAS DUN Lingga berikrar memburu kemenangan menentang GMA (PSKPP) pada aksi Liga Sri Aman/LSC 2017 petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia