Utusan Borneo (Sarawak)

Serian FA sokong penuh kepimpinan Posa terajui FAS

-

KUCHING: Serian FA menyokong penuh kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diterajui Presidenny­a, Dato Posa Majais.

Dalam kenyataan dikeluarka­n semalam, persatuan itu menegaskan prestasi skuad senior tidak boleh dijadikan kayu pengukur menilai kekuatan barisan kepimpinan FAS ketika ini.

Sebaliknya, Serian FA menyifatka­n kepimpinan Posa telah membawa banyak perubahan terhadap bola sepak tempatan meskipun belum setahun memegang tampuk presiden FAS.

“Serian FA tetap berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Posa walau apa juga keputusan Sarawak dalam saingan Liga Super ketika ini.

“Bagi kami, Presiden FAS sekarang mempunyai kekuatan karisma dan aura tersendiri. Beliau telah banyak berkorban membantu mengukuhka­n kewangan FAS menggunaka­n wang sendiri.

“Kita sama- sama telah melalui dan bersama pemimpin yang bertukar ganti namun kempimpina­n Posa harus menjadi tauladan kepada kita semua.

“Beliau menghulur bantuan secara peribadi demi kepentinga­n bola sepak tempatan. Kita sememangny­a sentiasa berada di belakang beliau,” katanya.

Menurutnya, Serian FA tanpa sumbangan komit- men dan kewangan daripada Posa tidak mungkin FAS dapat meneruskan segala aktiviti berkaitan bola sepak di Sarawak.

Malah, sumbangan daripada beliau membolehka­n Sarawak muncul juara Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 di Miri pada Mei lalu.

Menurutnya, sumbangan peribadi Posa juga menyuntik semangat pemain-pemain Serian FA sehingga membolehka­n mereka muncul naib juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016/2017.

“Kita juga menyokong penuh usaha Posa untuk melihat pasukan Sarawak diwakili oleh anak-anak tempatan. Syabas Datuk Presiden,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia