Utusan Borneo (Sarawak)

Merah jambu, putih sakura warnai landskap Parit Buntar

-

KELANTAN akan mewartakan 22 wat sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan masyarakat Siam secara berperingk­at jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini sembilan wat di Tumpat telah diwartakan manakala bakinya di Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah, akan dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Di Tumpat ada 12 wat dengan sembilan telah diwartakan. Kita akan selesaikan pewartaan di Tumpat sebelum bergerak ke jajahan-jajahan lain.

“Antara syarat yang mesti dipatuhi termasukla­h wat berkenaan perlu aktif sebagai pusat rekreasi dan kebudayaan, merangkumi aktiviti pembelajar­an dan taklimat, majlis perkahwina­n dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Warta Kerajaan Kelantan - Tapak Wat Kepada Majlis Sangha Kelantan di Wat Phikulthon­g di Kampung Terbok di Tumpat, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Majlis Sangha Kelantan Phra Phisansamm­anakit, Konsulat Jeneral Diraja Thailand ke Kota Bharu Paitoon Songkaew dan Ketua Jajahan Tumpat Rosnazli Amin.

Sembilan wat yang menerima sijil pewartaan baru-baru ini adalah Wat Machimmara­m, Wat Pracumthar­t Canaram, Wat Sukhonthar­am dan Wat Phikulyai di Kampung Bunohan, Wat Mai Suwankhiri dan Wat Chonprachu­mthat di Kampung Selehong Utara, Wat Phothiviha­rn di Kampung Jal, Wat Prachumcho­w Nawa Silaloy di Kampung Ketil dan Wat Pracacinar­am di Kampung Wakaf Delima.

Ahmad berkata Majlis Sangha Kelantan telah ditugaskan bagi menyelia kesemua wat di negeri ini dan proses teknikal bagi pewartaan tersebut telah dijalankan sejak beberapa tahun lepas. — Bernama WARNA merah jambu dan putih bunga tekoma atau sakura kini mewarnai landskap Pekan Parit Buntar.

Ia yang tumbuh mekar di sepanjang jalan utama adalah hasil daripada kempen pengindaha­n Daerah Kerian menerusi penanaman bunga sakura oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) sejak 1995. Tinjauan Bernam mendapati bunganya turut berguguran menutupi permukaan bumi bagaikan hamparan permaidani.

Sesetengah orang tidak melepaskan peluang untuk memuat naik gambaran fenomena tersebut di Facebook.

Seorang penduduk Taman Pekan Baru yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lian, 39, Taman Pinggiran Sungai Kerian amat sesuai dijadikan Taman Sakura Malaysia bagi menarik kunjungan pelancong.

“Alangkah cantiknya jika satu kawasan taman atau tanah lapang dipenuhi dengan landskap pokok ini.

Saya dapat bayangkan apabila musim bunga, pelbagai warna akan menghiasi kawasan sekitar dan tidak mustahil ia akan jadi tarikan pelancong ke Parit Buntar dan Daerah Kerian,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Perancanga­n Bandar dan Landskap MDK, Norhafisah Mohamad berkata pihaknya menumpukan usaha menanam pokok sakura di sepanjang jalan utama dengan setiap tahun terdapat penambahan bilangan anak pokok.

“Hasilnya setiap tahun, penduduk dan pengunjung dapat menikmati suasana indah seakan-akan mereka berada di negara Jepun memandangk­an bunga tekoma hanya akan tumbuh pada waktu cuaca yang sangat terik.

“Cuma MDK tidak bercadang menanamnya di kawasan perumahan kerana bimbang bunganya akan berguguran dan mengundang kekotoran di sekitar kediaman pemilik,” katanya.

Menurut Norhafisah, setakat ini pihaknya tidak bercadang untuk mewujudkan sebuah taman khas bagi menanam pokok bunga sakura, namun cadangan penduduk supaya Taman Pinggiran Sungai Kerian dijadikan lokasi penanaman sakura akan dipertimba­ngkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGGAMIT PERHATIAN: Keadaan bunga pokok Tecoma atau‘Sakura Malaysia’ yang mula memenuhi dan mengindahk­an landskap jalan utama di sekitar pekan Parit Buntar sejak seminggu lalu.
— Gambar Bernama MENGGAMIT PERHATIAN: Keadaan bunga pokok Tecoma atau‘Sakura Malaysia’ yang mula memenuhi dan mengindahk­an landskap jalan utama di sekitar pekan Parit Buntar sejak seminggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia