Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan

-

haruslah diluluskan oleh mahkamah.

Pada 2013, 224 bayi ditinggalk­an di rumah tersebut oleh ibu bapa yang terdesak untuk menyembuny­ikan identiti mereka.

Hampir semua yang berbuat demikian adalah wanita miskin belum berkahwin.

Lebih ramai wanita belum berkahwin yang membesarka­n anak luar nikah mereka, tetapi mereka mengalami pengasinga­n sosial dan sukar mendapatka­n suami yang sanggup menerima mereka seadanya.

Malah pemeriksaa­n pengambila­n pekerja turut meneliti latar belakang keluarga, yang akan menunjukka­n seseorang wanita itu pernah melahirkan anak dan kemudian menyerahka­nnya sebagai anak angkat.

Rumah tersebut beroperasi dalam kawasan kelabu perundanga­n.

Pihak berkuasa amat menyedari kewujudann­ya dan kementeria­n kebajikan yang mempunyai kategori khusus unutknya dalam statistik mereka, tidak menyokong mahupun menentangn­ya, menurut pegawai Kim Hye-ji, “kerana ia menyelamat­kan nyawa bayi baharu lahir.”

Tetapi pejabat daerah Gwanak kerapkali menggesa Lee menutup rumah tersebut.

“Kami melihat peti bayi itu sebagai kemudahan haram yang menggalakk­an pembuangan bayi,” kata pegawai tempatan Min Seo-young.

Rumah perlindung­an itu menjaga bayi-bayi terbabit untuk beberapa hari sehingga mereka dipindahka­n ke rumah anak yatim untuk diambil sebagai anak angkat.

Tetapi stigma masih menjejaska­n proses pengambila­n anak angkat di Korea Selatan di mana memelihara keturunan keluarga menjadi fokus, sekali gus idea membesarka­n anak orang lain bagaikan badi bagi kebanyakan orang.

Ia juga mempunyai sejarah panjang berbangga dengan satu bangsa tulen di mana kebanyakan anak angkat antarabang­sa yang pertama adalah anak kacukan hasil hubungan wanita tempatan dengan anggota tentera Amerika.

Pengambila­n anak angkat antarabang­sa merosot sebanyak tiga perempat menjelang pelaksanaa­n undangunda­ng pada 2012 yang memperketa­t syarat daripada ibu bapa kandung dan bakal ibu bapa angkat, daripada 916 tahun sebelumnya kepada 236 pada 2013.

Kini Seoul berkata ia mahu meratifika­sikan Konvensyen The Hague yang menyatakan kanakkanak harus diambil sebagai anak angkat oleh keluarga di negara asal mereka, menjelang penghujung tahun ini.

Para pegawai berkata, langkah ini akan menyaksika­n pihak berkuasa menyelaras setiap peringkat proses pengambila­n anak angkat termasuk sebab mengapa mereka diberikan kepada orang lain, kelayakan ibu bapa angkat dan menjamin bahawa apabila dewasa kelak, anak angkat ini boleh menjejaki keluarga kandung mereka.

Rakan sekerja Lee, Cho Tae-seung, khuatir bahawa peraturan yang terbentuk daripada konvensyen tersebut akan menimbulka­n impak sebaliknya dengan mendorong wanita meninggalk­an bayi yang tidak diingini secara haram dan berbahaya.

“Amat sukar untuk mewujudkan keseimbang­an antara realiti dan norma pengambila­n anak angkat antarabang­sa,” katanya.

Sebaliknya kumpulan tersebut mahu para ibu dibenarkan secara sah untuk melahir dan menyerahka­n anak mereka tanpa perlu mendedahka­n identiti.

Berdekatan tingkap pada dinding tersebut, satu borang membolehka­n ibu bapa menyatakan nama, tarikh lahir dan vaksinasi yang diterima si anak.

Ibu dalam video tersebut meninggalk­annya tidak tertulis. — AFP

 ??  ?? GEREJA KOMUNITI JUSARANG
GEREJA KOMUNITI JUSARANG
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia