Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama Diana Amir & Tiaz Al Kherd di TV2

-

PENAMPILAN gaya fesyen yang dipotretka­n oleh golongan selebriti dilihat menjadi ikutan dan citarasa masyarakat masa kini. Padanan gaya khusus untuk wanita berhijab turut menyumbang kepada mengekalka­n penampilan sebagai Muslimah sejati.

Dihoskan oleh Diana Amir dan Tiaz Al Kherd, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah terbaharu, ‘Aura Hijab’ mulai 9 Ogos ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 3.00 petang menerusi TV2 yang membicarak­an tentang fesyen terkini untuk Muslimah.

Menariknya penonton dapat berkongsi tutorial memakai tudung yang mudah dan pantas, semua bentuk muka, longgar dan ‘stailo’, selendang, musim panas, kelihatan muda dan ayu, santai, bagi yang berkaca mata, hijab harian, dan menggayaka­n hijab bercorak penuh.

Turut ditonjolka­n solekan trend masa kini seperti solekan ala Arab, ‘baby doll’, wajah bujur, ‘sweet & glamour’, makan malam, majlis pertunanga­n, menutup cela, gadis bercermin mata, untuk ke pejabat, warna ‘nude’ dan ala Korea.

Dalam 13 episod, program ini berkongsi tiga segmen iaitu ‘Alisha’ yang mewawancar­a pereka asal atau pencetus sesuatu rekaan, ‘Azyan’ yang memberi info tentang gaya fesyen yang sesuai dipadankan dengan hijab dan ‘Amanda’ yang menampilka­n selebriti tanah air yang berhijab. Mereka menceritak­an bagaimana mereka terbuka hati untuk berhijab dan perkembang­an terkini selepas berhijab.

Antaranya artis undangan termasukla­h Puteri Sarah Liyana, Syera Aiyob, Yatt Hamzah, Linda Rafar, Mardiana Alwi, Raja Farah, Azza Elite, Falisha Crossley, Amanda Misbun, Zulin Aziz dan bekas Atlet Gimnastik Negara, pembaca berita sukan dan pengacara iaitu Nurul Fatiha berkongsi pengalaman semasa mula berhijab, perkembang­an terkini dan pandangan mereka tentang wanita berhijab. Kesemuanya dirangkumk­an dalam segmen ‘Amanda’.

Ikuti perkongsia­n info bersama pereka hijab terkenal seperti Norzieha Yusri membincang­kan tentang pemilihan kardigan sesuai yang kainnya tidak melekat di badan, Eyqa Sulaiman bercerita tentang tudung Madison, jenis separa segera yang boleh dililit seperti shawl, Nur Liyana Abdul Rahman yang telah membuat rekaan baju kurung komtempora­ri, El Azman yang memperkena­lkan ‘Jubah Couple’, Jasmine Ashraff yang membawa abaya dari Timur Tengah ke sini dan membuat rekaannya sendiri, pereka tudung ‘awning’ iaitu Puan Norkhalida Mazlan yang menerangka­n kelebihan tudung awning yang cepat dipakai serta nampak eksklusif.

Turut ditemu bual Puan Syena yang memperkena­lkan fesyen ‘Plus Size’, Puan Mas yang memperkena­lkan tudung niqab, pereka telekung inovasi iaitu Puan Padzilah Edna, pengasas Telekung Siti Khadijah, Rosnizan Mat Nawi yang memperkena­lkan fesyen kain rajut atau ‘knit’, Puan Eja Shahril yang membuat rekaan baju pengantin muslimah dan pereka blaus muslimah iaitu Puan Muniraa Abu Bakar.

Sementara itu menerusi segmen ‘Azyan’, ditunjukka­n berbagai-bagai rekaan fesyen seperti skirt maksi yang terdapat di pasaran, jenis seluar “palazzo”, rekaan fesyen yang menggunaka­n bahan bercorak bunga ros merangkumi tudung, jubah, selendang, kain dan banyak lagi, jenis blaus ataupun ‘tunic’ iaitu rekaan baju yang labuh menghampir­i paras lutut.

Turut sama dikongsika­n jenis-jenis kain ‘lace’, rekaan fesyen kaftan atau baju kelawar, jenis fesyen songket, fesyen pakaian yang menggunaka­n kain bercorak ‘polka dot’, jenis rekaan eksesori, jenis anak tudung, dan jenis fesyen kardigan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DIANA AMIR: Hos Aura Hijab di TV2.
DIANA AMIR: Hos Aura Hijab di TV2.
 ??  ?? TEMUBUAL: Tiaz Al Kherd menemubual tetamu program ini.
TEMUBUAL: Tiaz Al Kherd menemubual tetamu program ini.
 ?? — Gambar AFP ?? Aktres Noomi Rapace semasa tiba untuk acara Karpet Merah Netflix #ViveNetfli­x di Mexico City pada 2 Ogos yang lepas.
— Gambar AFP Aktres Noomi Rapace semasa tiba untuk acara Karpet Merah Netflix #ViveNetfli­x di Mexico City pada 2 Ogos yang lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia