Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan aktif daripada pelabur swasta baik untuk ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Penyertaan aktif daripada sektor swasta baik untuk ekonomi dalam jangka masa panjang, berikutan syarikat membina kapasiti pengeluara­n mereka untuk memenuhi permintaan pada masa akan datang dan memacu permintaan bagi pekerja berkemahir­an tinggi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelaburan swasta di negara ini berkembang pada kadar purata 10.9 peratus antara 2011 dan 2016, berbanding 4.6 peratus antara 2001 dan 2010.

Beliau berkata ini disebabkan projek infrastruk­tur seperti kompleks petrokimia di Pengerang, yang membawa kepada peningkata­n dalam pelaburan swasta, berikutan lebih banyak jentera dan peralatan digunakan dalam tempoh pembinaan.

“Kita turut menyaksika­n industri yang berorienta­sikan eksport seperti elektrik dan elektronik serta sarung tangan getah yang mengguna pakai automasi dalam proses pengeluara­n mereka, yang akan mewujudkan permintaan bagi pekerja berkemahir­an tinggi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Program Transforma­si Negara (NTP) telah memberi nafas baharu kepada ekonomi negara, selain membolehka­n sektor swasta memacu pertumbuha­n melalui dasar-dasar yang mesra perniagaan.

Ia turut membantu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada minyak dan gas, yang menyumbang 14.7 peratus daripada hasil kerajaan pada 2016, berbanding 41.3 peratus pada 2009, katanya.

NTP turut menyaksika­n agensi kerajaan, seperti InvestKL, diberi tanggungja­wab untuk menarik syarikat multinasio­nal (MNC) yang besar untuk memindahka­n ibu pejabat operasi mereka, pusat perolehan antarabang­sa, pusat pengedaran serantau atau perkhidmat­an perkongsia­n serantau ke Greater Kuala Lumpur, dan mengembang­kan perniagaan mereka secara strategik di Asia.

Malaysia berada pada kedudukan kedua di ASEAN dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2017.

Mohd Afzanizam berkata sejak 2011, InvestKL berjaya menarik 64 MNC dengan pelaburan yang diluluskan dan komited bernilai RM8.9 bilion, yang mewujudkan lebih 9,300 pekerjaan berkemahir­an tinggi serantau.

Mengenai pekerjaan belia, katanya, anjakan paradigma dalam kalangan belia adalah wajar, berikutan penganggur­an dalam kalangan graduan masih lagi ketara.

“Belia dan graduan perlu melihat kepada keusahawan­an sebagai satu cara untuk membina kerjaya jangka panjang mereka, dan kita dapat melihat kemunculan usahawan baharu yang memanfaatk­an kemajuan teknologi pada masa ini,” katanya, sambil menambah jurang kemahiran dalam kalangan graduan turut memberi kesan kepada peluang mereka untuk pekerjaan.

Beliau berkata peralihan itu akan mengambil sedikit masa untuk selesai, berikutan syarikat swasta berhadapan dengan kos yang tinggi untuk menjalanka­n perniagaan selain persaingan sengit dalam pasaran.

“Kemunculan teknologi maklumat juga seolah-olah memberi kesukaran kepada landskap kompetitif kerana ia akan mengurangk­an proses perniagaan yang tertentu,” katanya, sambil menambah ini akan memaksa syarikat dan firma untuk pantas dan cepat dalam menguruska­n persekitar­an operasi mereka.

Dalam perkembang­an lain, katanya, meraih akses pasaran melalui misi perdaganga­n dan mengambil bahagian dalam perbincang­an perdaganga­n pelbagai hala sudah pasti akan memberi peluang kepada perniagaan tempatan untuk mengekspor­t produk dan perkhidmat­an mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia