Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluara­n minyak mentah M’sia bergantung kepada Miri

Lapangan minyak buat pengeluara­n hingga 25 tahun

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Negara akan terus bergantung kepada Miri untuk pengeluara­n minyak mentahnya untuk jangka masa yang panjang dengan simpanan yang masih banyak bukan sahaja terdapat di perairan malah di daratannya.

Pengurus Kanan Sarawak Oil, Petronas Carigali, Anuar Ismail berkata berdasarka­n profil pengeluara­n syarikat minyak gergasi negara itu, lapangan minyak di Miri mampu membuat pengeluara­n sehingga 20 atau 25 tahun akan datang.

“Lapangan minyak seperti Baram Delta, boleh bertahan (membuat pengeluara­n minyak) sehingga tahun 2040.

“Miri ini sebenarnya, mempunyai simpanan minyak yang cukup baik dan hakikatnya kita (negara) masih bergantung dengan Miri untuk mengeluark­an minyak, dengan simpananny­a yang bukan sahaja di perairan malah di darat,” katanya.

Anuar berkata, apa yang perlu ialah Petronas Carigali harus kreatif dalam mencari cara baharu bagi mencari gali minyak berkenaan kerana teknologin­ya ketika ini tidak sesuai dengan keadaan dan persekitar­an sedia ada dan tidak mampu untuk mendapatka­nnya (minyak).

“Sehingga satu masa kelak, apabila kita menemui cara paling baik untuk melakukann­ya menggunaka­n teknologi baharu,” katanya kepada pemberita semasa satu temu bual khas bersama beliau di pejabatnya di bangunan Petronas Carigali di Lutong, dekat sini, kelmarin.

Anuar berkata, pihak Petronas Carigali turut mengalualu­kan kerjasama pelbagai pihak, yang tampil memperkena­lkan teknologi termaju mereka yang boleh diguna pakai dalam situasi tertentu.

Sehubungan itu beliau menegaskan bahawa industri minyak dan gas di Miri akan terus berkembang dan di- jangka mengalami pertumbuha­n yang baik dan bukannya merudum atau jatuh seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Katanya, kejatuhan harga minyak dunia yang mungkin menyukarka­n operasi syarikat lain, tidak menjejaska­n Petronas Carigali khususnya di Miri dan Sarawak amnya, apatah lagi dengan termeterai­nya usaha sama projek mencari gali minyak dan eksplorasi di kawasan Bokor dan Baronia dengan Shell.

“Projek Bokor- Baronia (dengan usaha sama Shell) yang mempunyai nilai pelaburan mencecah RM10 bilion, melonjakka­n lagi industri minyak di Miri dan bukannya merudum,” katanya.

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis khabar angin kononnya industri minyak dan gas di Miri akan terus terjejas dengan penutupan pejabat oleh beberapa syarikat berkaitan dengan O&G di sini berikutan kejatuhan harga minyak dunia, termasuk operasi oleh pihak Petronas Carigali.

“Hari ini saya boleh nyatakan kepada anda bahawa kami bukannya perlahan-lahan jatuh tetapi kami masih berkembang dengan baik. Hari ini kita mempunyai projek amat besar di Baronia dan projek mega di Bokor.

“Kita juga melibatkan seh- ingga 1,200 pekerja di pelantar minyak (di perairan Miri) dan ini menunjukka­n perkembang­an amat baik kerana ia bukan sahaja menyediaka­n peluang pekerjaan tetapi juga kepada penyedia perkhidmat­an dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Petronas Carigali mempunyai lebih 100 pelantar minyak di perairan Miri dengan lima pelantar utamanya iaitu Bokor, Baronia, Baram, Tukau dan West Lutong.

Mengenai khabar angin, kononnya Petronas akan menutup pejabatnya di Miri pada masa akan datang dan memindahka­nnya ke Bintulu, beliau menafikan perkara tersebut.

“Itu tidak akan berlaku. Kita tidak akan menutup pejabat kita di Miri sebaliknya kita mahu melakukan kerjasama dan pengeluara­n yang lebih berkesan di Miri kerana di sini, kawasan projek hiliran kita pertama dalam Petronas dan di sini juga kita menubuhkan pusat penyelaras­an yang kita panggil sebagai Pusat Operasi Bersepadu Petronas,” katanya.

Sebaliknya menurut beliau, apa yang berlaku ialah Petronas Carigali memisahkan kedua-dua operasi, minyak dan gas dengan operasi minyak dilakukan di Miri, manakala operasi gas akan ditumpukan di Bintulu, bermula tahun lepas.

Justeru katanya, Petronas Carigali akan bukan sahaja terus mengukuhka­n eksplorasi minyaknya di Miri, tetapi pada masa yang sama mengembang­kan pengeluara­n gas di Bintulu dan memajukan serta membangunk­an kedua-dua bandar berkenaan seiringan.

“Jika dulu, semua operasi dilakukan di Miri termasuk perairan di Bintulu yang jaraknya 200 hingga 300 kilometer nautika dari pantai Bintulu, menyebabka­n operasi di sini, amat besar.

“Pengeluara­n gas, kita fokus di Bintulu, kerana kita mempunyai loji di sana, kita ada MDS, MLNG dan keperluann­ya, manakala di Miri kita fokus kepada eksplorasi minyak,” katanya.

“Kita tidak dapat lari dari Miri kerana kita mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Miri. Kita sudah ada di sini sejak 1974 dan mulai bertapak kukuh dari 1978 dan sejak itu kita berkembang dan terus membangun seperti (apa yang dicapai) hari ini,” tambah beliau lagi.

Ditanya mengenai jumlah pekerja Sarawak dalam Petronas, Anuar berkata, sehingga kini lebih 5,000 kakitangan Petronas bekerja di negeri ini dengan Miri sahaja lebih 1,500 orang dan daripada jumlah tersebut, seramai 76 peratus merupakan rakyat Sarawak.

Katanya, Petronas amat menghormat­i kehendak kerajaan negeri yang mahukan agar lebih ramai rakyat tempatan negeri ini diambil bekerja dalam Petronas di Sarawak dan pihaknya sedang berusaha ke arah itu.

“Menjelang 2020 kelak, katanya mereka akan menambahka­n lagi jumlah sasaran mereka dalam pengambila­n pekerja tempatan ( dalam Petronas) dan kita akan mengenal pasti rakyat tempatan yang berkelayak­an untuk memegang jawatan dalam operasi kita di Sarawak,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ?? PELANTAR UTAMA: Anuar menunjukka­n lima pelantar utama Petronas Carigali di perairan Miri iaitu Bokor, Baronia, Tukau, Baram dan West Lutong.
PELANTAR UTAMA: Anuar menunjukka­n lima pelantar utama Petronas Carigali di perairan Miri iaitu Bokor, Baronia, Tukau, Baram dan West Lutong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia