Utusan Borneo (Sarawak)

IPO mula operasi di Mukah, tawar 150 jenis makanan dan minuman

-

MUKAH: I Prefer Original (IPO) akan memulakan operasinya di bandar Mukah pada hari ini (5 Ogos).

Menurut kenyataan medianya semalam, dengan pembukaan operasi di Mukah ini, ia menjadi cawangan keempat IPO di negeri ini menerusi rangkaian makanan popular di Malaysia itu.

Seperti namanya, semua hidangan IPO disediakan oleh cef yang berpengala­man dengan mengekal serta mengutamak­an rasa aslinya menggunaka­n bahan-bahan segar sahaja.

IPO menawarkan 150 jenis makanan dan minuman dengan harga berpatutan yang menawarkan banyak pilihan lazat untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Bagi mereka yang mahu bersarapan dengan cara ringkas, ada ditawarkan roti bakar atau roti IPO yang menggunaka­n inti kaya atau roti mentega kacang disertai dengan hidangan telur rebus.

Pelanggan juga boleh meraikan kejayaan atau berkumpul bersama kawan-kawan dengan minuman pilihan daripada pelbagai pilihan jus, kopi, teh dan buah-buahan.

Jika berasa lapar, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai pilihan tempatan seperti laksa Sarawak, mi kolo, char kuey teow, nasi lemak, nyonya, nasi goreng sambal, nasi lemak ayam, nasi ayam penyet, nasi ayam kari, mi kari kering, nasi ayam cendawan, nasi ayam ponteh, loh mi dan banyak lagi.

Datanglah ke premis baharu IPO bagi menikmati rasa asli makanan-makanan popular Malaysia yang beralamat di S/Lot 1156, Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi 0166533630 (Ting).

IPO beribu pejabat di Kuala Lumpur dengan Mega Eminence Sdn Bhd yang berpangkal­an di Sibu sebagai pemegang lesen induk bagi Malaysia Timur, Sabah dan Brunei.

IPO kini mempunyai tiga cawangan di Sarawak (Sibu, Miri dan Limbang) dan berhasrat akan membuka lebih banyak lagi cawangan di bahagian-bahagian lain di negeri ini.

Bagi peluang pelesenan, sila hubungi 019-8883010 (Wendy) atau 013-8339632 (Helynna) untuk maklumat lanjut.

Antara lokasi ataupun cawangan yang diperlukan ialah di Sibu Jaya, Sarikei, Serian, Selangau, Kapit, Kuching, Bintulu, Miri dan semua bandar utama di Sarawak, Sabah atau Brunei serta di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? JEMPUT DATANG: Penduduk Mukah dialu-alukan berkunjung ke IPO yang memulakan operasinya hari ini bertempat di S/Lot 1156, Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah.
JEMPUT DATANG: Penduduk Mukah dialu-alukan berkunjung ke IPO yang memulakan operasinya hari ini bertempat di S/Lot 1156, Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah.
 ??  ?? MENARIK: Inilah IPO yang mula dibuka di Mukah hari ini di alamat S/Lot 1156, Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah.
MENARIK: Inilah IPO yang mula dibuka di Mukah hari ini di alamat S/Lot 1156, Jalan Orang Kaya Setiaraja, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia