Utusan Borneo (Sarawak)

BCCK sediakan Pasar Makanan Kampung sempena Perfect Livin ’17 pada 10-13 Ogos

-

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bakal menyediaka­n pasar makanan bersempena penganjura­n Perfect Livin ’17 yang dijadual bermula 10 hingga 13 Ogos ini.

Ekoran kejayaan selepas penganjura­n Pasar Makanan ‘ Chinatown’ yang dianjur April lalu, BCCK teruja untuk menganjurk­annya sekali lagi dengan tema ‘kampung’.

Perfect Livin’ merupakan acara pameran terbesar di BCCK, yang diadakan di pusat konvensyen tersebut sejak 2013.

“Sejak itu, perkhidmat­an katering awam di sini (BCCK) memberi sokongan atas penganjura­n pameran ini dengan menawarkan hidangan makanan kepada ribuan orang ramai yang datang ke sini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric van Piggelen.

Selain itu, jelas Eric, pihaknya juga bersedia untuk menyediaka­n pengalaman kepada para pengunjung, khususnya dalam tema kampung yang telah dipilih.

“Kita mempelawa dan menyambut kehadiran semula terutama kepada para pempamer dan pengunjung sekali gus merasai makanan terkini dan menyelerak­an daripada pihak kami,” jelasnya lagi.

Pasar makanan akan datang ini akan menampilka­n mural inspirasi kampung sepanjang 77 kaki di mana pasukan produksi kulinari BCCK akan menghidang­kan ribuan pesanan makanan, katering dan sebagainya kepada para pempamer dan pengunjung.

Antara menu yang akan disajikan ialah laksa Sarawak, nasi lemak dengan ayam masak merah dan ayam kari, apam balik dan kuetiaw goreng, selain pilihan nasi campur, burger Korea, sandwich, pai ayam, coklat, kek keju dan banyak lagi.

Pasar Makanan Kampung dibuka dari jam 9 pagi sehingga 9 malam sepanjang empat hari pameran itu diadakan.

 ??  ?? MENYELERAK­AN: Burger Korea yang menjadi tarikan.
MENYELERAK­AN: Burger Korea yang menjadi tarikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia