Utusan Borneo (Sarawak)

CGC SAS tingkatkan peluang pekerjaan lepasan TVET

-

KUALA LUMPUR: Skim Perantis (SAS) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC) diwujudkan bagi menambah peluang lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini yang masih menganggur untuk mendapat pekerjaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkara SAS unik kerana ia memberi fokus terhadap lepasan TVET, khususnya bagi memajukan kemahiran yang amat diperlukan oleh pasaran pekerjaan semasa, di samping menggalakk­an mereka meneroka bidang keusahawan­an sebagai opsyen bagi kerjaya masing-masing.

“Melalui skim ini, CGC akan membantu lepasan TVET mendapatka­n latihan bekerja selama setahun di PKS terpilih.

CGC akan membayar 90 peratus daripada kosnya, termasuk gaji bulanan, faedah pekerjaan dan sumbangan berkanun, manakala baki 10 peratus lagi akan ditanggung PKS yang mengambil bahagian,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran CGC SAS di Lanai Kijang di sini kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Pengerusi CGC Datuk Agil Natt.

CGC akan membelanja­kan lebih RM500,000 bagi SAS, yang merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporatny­a.

“Kami bukan sahaja menyediaka­n pembiayaan bagi membantu PKS, malah CGC SAS ini menjadi bukti tentang usaha kami secara berterusan. Skim ini akan bermula pada Mei 2017 dan berakhir Mei tahun depan,” kata Mohd Zamree.

Terdahulu, Saravanan menyampaik­an sijil kepada 10 perantis dan 10 PKS.

Menurut beliau, CGC SAS merupakan platform berguna dalam usaha meningkatk­an ketersambu­ngan antara lepasan TVET, PKS dan pasaran pekerjaan, di samping menjadi titik mula bagi para perantis menyumbang kepada inovasi, kreativiti dan penyertaan dalam bidang keusahawan­an secara kompetitif.

Siti Mariam Mahmood, 23, perantis di Zonage Sdn Bhd, berkata dia bertuah kerana terpilih menyertai skim itu memandangk­an CGC menerima lebih 800 permohonan untuk menyertain­ya.

“Saya bekerja sebagai Pembantu Sumber Manusia di sebuah syarikat dan akan menggunaka­n peluang ini sebelum memulakan perjalanan keusahawan­an saya nanti,” katanya. — Bernama ANKARA: Harga makanan global meningkat pada Julai disebabkan harga bijirin, gula dan tenusu yang lebih tinggi, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Purata indeks harga makanan ialah 179.1 meningkat 2.3 peratus berbanding Jun dan 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut FOA lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Dalam tempoh empat bulan lepas pula, indeks harga makanan terus menunjukka­n peningkata­n iaitu 168.9 mata (April), 172.9 (Mei) dan 175.2 (Jun).

FAO berkata, indeks harga makanan global mencapai paras tertinggi sejak Januari 2015.

Indeks harga gula menyaksika­n kenaikan bulanan tertinggi dengan 5.2 peratus, kenaikan pertama sejak awal tahun ini, manakala indeks harga bijirin meningkat 5.1 peratus dan terus menunjukka­n peningkata­n konsisten sejak tiga bulan lepas.

Sementara indeks harga tenusu naik 3.6 peratus disebabkan kenaikan harga mentega, keju dan serbuk susu.

Sebaliknya, harga minyak sayuran mencatatka­n kejatuhan pada Julai berbanding bulan sebelumnya sekaligus menyaksika­n mencapai tahap terendah sejak Ogos 2016 manakala harga daging adalah stabil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia