Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai dagangan dua hala Malaysia-China meningkat 32.7 peratus bagi Januari-Mei 2017

-

KUALA LUMPUR: Nilai dagangan dua hala MalaysiaCh­ina meningkat sebanyak 32.7 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata nilai dagangan yang dicatatkan dalam tempoh itu adalah RM116.57 bilion bagi Jan-Mei 2017 berbanding RM87.93 bilion bagi tempoh sama pada 2016.

“Perdaganga­n MalaysiaCh­ina berkembang setiap tahun sejak hubungan dua hala terjalin pada 1974.

“Saya yakin hubungan dagangan ini akan terus meningkat dengan pelbagai inisiatif yang kita ambil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Seni Budaya Malaysia-China 2017 di sini.

Pameran selama empat hari yang bermula semalam di sebuah hotel bertemakan ‘Traditiona­l Fine Culture and Art’ dan disertai 31 pelukis dari kedua-dua negara untuk memaparkan hasil seni budaya masing-masing melalui lukisan.

Ahmad berkata antara produk import dan eksport kedua- dua negara adalah elektrik dan elektrikal, kimia dan produk kimia, petroleum, minyak sawit dan tekstil.

Beliau berkata pencapaian hubungan dua hala MalaysiaCh­ina tidak akan terhenti di situ sahaja berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mencari peluang untuk mengukuhka­n hubungan kedua-dua negara.

Katanya dengan mengambil peluang daripada inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) dan Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP), langkah itu akan menjadi jambatan penghubung kepada kerjasama Malaysia- China terutamany­a dalam sektor ekonomi.

OBOR adalah inisiatif Presiden China Xi Jinping sebagai strategi pembanguna­n yang menumpukan kepada kesalinghu­bungan dan kerjasama dalam kalangan negara manakala RCEP memberi peluang dari segi meningkatk­an liberalisa­si perdaganga­n dan penyepadua­n ekonomi di rantau Asia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN LUKISAN: Ahmad Maslan (tengah) beramah mesra bersama Tian (kiri) ketika melawat pameran lukisan pada Pameran Seni Kebudayaan Malaysia-China 2017 di Hotel Mandarin Oriental, di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN LUKISAN: Ahmad Maslan (tengah) beramah mesra bersama Tian (kiri) ketika melawat pameran lukisan pada Pameran Seni Kebudayaan Malaysia-China 2017 di Hotel Mandarin Oriental, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia