Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor swasta di ASEAN dan India perlu main peranan lebih besar

-

BANGKOK: Sektor swasta di ASEAN dan India perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk memanfaatk­an potensi yang luas di rantau ini, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“India mencatat prestasi yang baik, berkembang pada 7.5 peratus setahun dalam beberapa tahun ini manakala pertumbuha­n purata di ASEAN mencecah lima peratus. Oleh itu, terdapat potensi yang besar dan saya menyokong sepenuhnya usaha untuk meneroka dan melengkapi ekonomi ASEAN dan India yang berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbincang­an meja bulat yang diadakan bersempena dengan Ekspo dan Forum ASEAN-India 2017 di sini kelmarin.

Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha mer- asmikan acara tersebut.

Mustapa berkata ASEAN dan India mencatat pertumbuha­n ekonomi yang baik, menunjukka­n peluang yang besar bagi sektor swasta mereka.

“Wujud keperluan bagi lebih banyak interaksi antara komuniti perniagaan di ASEAN dan India, selain hubungan antara rakyat dengan meningkatk­an penerbanga­n antara dua rantau,” katanya.

Mustapa berkata sektor industri kecil dan sederhana serta syarikat teknologi tinggi di kedua-dua rantau itu akan membantu interaksi yang lebih mendalam antara satu sama lain.

Menteri itu berkata perdaganga­n dan pelaburan antara ASEAN dan India perlu mencapai paras yang sama seperti yang dicatatkan oleh ASEAN dan China.

Beliau berkata perdaganga­n dan pelaburan ASEAN-India mencatat prestasi yang rendah berbanding ASEAN-China.

“Pada tahun lepas, perdaganga­n ASEAN-China berjumlah AS$335 bilion (AS$1 = RM4.27) berbanding AS$56 bilion bagi ASEAN- India. Pelaburan China di ASEAN mencecah AS$10 bilion pada tahun lepas berbanding AS$1 bilion dari India,” katanya.

Perbezaan yang luas bagi perdaganga­n dan pelaburan antara ASEAN dan India dan China menunjukka­n potensi yang besar untuk diterokai oleh syarikat, katanya.

“Kita perlu melakukan sesuatu mengenainy­a. Kita (ASEAN dan India) mencatat prestasi yang rendah (perdaganga­n dan pelaburan). Kita perlu meningkatk­an hubungan ekonomi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEJA BULAT: Mustapa menyampaik­an ucapannya pada meja bulat sempena Ekspo dan Forum ASEAN-India 2017 di Bangkok, kelmarin.
— Gambar Bernama MEJA BULAT: Mustapa menyampaik­an ucapannya pada meja bulat sempena Ekspo dan Forum ASEAN-India 2017 di Bangkok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia