Utusan Borneo (Sarawak)

Bom botol sasar kedutaan Sepanyol di Venezuela

-

CARACAS: Dua orang yang menunggang motosikal melontar koktel Molotov ( bom botol) ke arah kedutaan Sepanyol di Caracas kelmarin, namun tiada kematian berlaku, menurut pejabat pendakwa raya di Venezuela.

Beberapa saksi menyatakan salah satu bom buatan sendiri itu – botol berisi gasolin atau cecair mudah terbakar yang lain, dengan kain buruk sebagai fius – tidak meletup kerana hujan lebat telah memadamkan api.

Seorang pekerja di kedutaan ketika dihubungi oleh AFP menyatakan beliau tidak dibenarkan untuk memberi komen mengenai insiden tersebut.

Serangan berlaku dalam keadaan keselamata­n yang tegang di Venezuela, ditam- bahkan lagi dengan bantahan terhadap “Dewan Pengundi” baharu yang akan mula berfungsi semalam dengan pengambila­lihan kuasa.

Sepanyol mengkritik hebat dewan baharu tersebut, yang mana pilihan rayanya dilaksanak­an oleh Presiden Venezuela Nicolas Maduro. Ia dan Kesatuan Eropah yang lain telah menyatakan mereka tidak mengiktira­f dewan tersebut sebagai sah.

Menurut pejabat pendakwa raya Venezuela, dua penyerang melontar beberapa koktel Molotov ke arah kedutaan Sepanyol, terletak di daerah timur kecil Chacao.

Datuk bandar daerah tersebut, Ramon Muchacho, telah menghantar beberapa gambar kepada AFP, sekeping menunjukka­n satu botol soda yang berisi dengan apa yang kelihatan sebagai gasolin, dengan kain merah disumbat ke dalamnya.

Satu lagi menunjukka­n satu kesan hitam yang mungkin berpunca akibat letupan kecil.

Pendakwa raya mahupun datuk bandar mengaitkan serangan dengan situasi politik yang tegang di Venezuela. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? JADI SASARAN: Pejalan kaki melintas di hadapan bangunan kedutaan Sepanyol di Caracas, Venezuela kelmarin.
— Gambar Reuters JADI SASARAN: Pejalan kaki melintas di hadapan bangunan kedutaan Sepanyol di Caracas, Venezuela kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia