Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan kembali selubungi Rakhine

Enam lagi mayat ditemui, kumpulan ‘ekstremis’ dipercayai bertanggun­gjawab

-

YANGON: Pengganas disyaki membunuh sekurang- kurangnya enam anggota puak minoriti etnik Buddha di barat Myanmar kelmarin, menurut kerajaan dan sumber wilayah, di sebalik keganasan yang menular di wilayah bermasalah Rakhine.

Pasukan keselamata­n menemui mayat tiga lelaki dan tiga wanita yang mempunyai kesan luka akibat tetakan parang dan tembakan di kawasan pergununga­n Mayu berhampira­n pekan Maungdaw, kata pejabat pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Dalam satu kenyataan, ia menyatakan kumpulan“ekstremis” adalah bertanggun­gjawab bagi pembunuhan enam anggota puak minoriti Mro dari kampung Kaigyi di mana pendudukny­a dipercayai terserempa­k sebuah kem bagi militan Islam Rohingya.

Rakhine Utara yang majoriti Islam telah berdepan dengan keganasan pada Oktober lepas ketika pejuang Rohingya membunuh sembilan anggota polis dalam serangan terancang di pusat pemeriksaa­n sempadan.

Dalam operasi ketenteraa­n yang dilancar, pasukan keselamata­n dikatakan menembak penduduk kampung secara rambang, merogol wanita Rohingya dan membakar beberapa rumah. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) yang menemu bual sebahagian daripada hampir 75,000 yang me-larikan diri ke Bangladesh menyatakan anggota tentera kemungkina­n melakukan jenayah bertentang­an dengan kemanusiaa­n.

Suu Kyi telah enggan bekerjasam­a dengan misi pencarian fakta PBB ditubuhkan bagi menyiasat salah laku di Rakhine dan tempat-tempat lain.

Kerajaan menuduh militan menjalanka­n kem latihan di kawasan pergununga­n dan membunuh pemberi maklumat dalam komuniti Islam.

Pasukan keselamata­n telah memulakan satu “operasi pembersiha­n tegas” bagi memburu pembunuh kelmarin, kata seorang pegawai tentera di Rakhine.

Dua wanita berusia 21 dan 34 tahun masih lagi hilang daripada kumpulan yang pergi ke kawasan bukit untuk menguruska­n ladang mereka, menurut pegawai itu, yang meminta identitiny­a dirahsiaka­n kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap dengan pihak media.

Aung Kyaw Min, seorang penduduk Buddha di Kaigyi, berkata penduduk kampung mempercaya­i dua wanita itu mungkin telah dibunuh kerana sebahagian daripada pakaian mereka yang mempunyai kesan darah telah ditemui.

“Kami semua mengalami kesan akibat pembunuhan ini,” kata beliau. “Semua penduduk kampung berada dalam keadaan panik dan tiada sesiapa yang mahu tinggal di sana. Mereka semua mahu berpindah ke tempat yang selamat diuruskan oleh kerajaan.”

Kumpulan etnik bukan Islam diiktiraf sebagai rakyat Myanmar merupakan minoriti di utara Rakhine. Kirakira 1.1 juta orang Rohingya tinggal di negeri ini, namun telah dinafikan kerakyatan. Ramai di Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Ketegangan di kalangan komuniti telah memuncak sejak beberapa minggu lepas, menurut pekerja bantuan dan pegawai PBB.

Di pekan Rathedaung, di selatan Maungdaw, pasukan tentera melancarka­n pemburuan berasingan bagi militan, menurut pegawai tentera dan sebuah badan pemerhati hak asasi manusia dengan sumber wilayah.

Pasukan keselamata­n semalam telah melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung yang bersenjata­kan kayu di sekitar perkampung­an Auk Nan Yar, menurut pemerhati dan seorang penduduk.

Empat penduduk kampung bukan Islam telah hilang di kawasan tersebut pada minggu lepas dan mayat tiga penduduk Islam yang dicacatkan telah ditemui pada Isnin lepas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia