Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita galak teman lelaki bunuh diri dipenjara 15 bulan

-

NEW YORK: Seorang hakim kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara selama dua tahun enam bulan terhadap seorang wanita berusia 20 tahun dari Massachuse­tts, dengan 15 bulan dijalani di dalam penjara, kerana menggalakk­an teman lelakinya yang masih remaja agar meneruskan rancangan untuk membunuh dirinya sendiri.

Michelle Carter dalam keadaan menangis dengan tangannya digenggam dan matanya memandang ke bawah ketika mendengar nasibnya bagi kes Conrad Roy, yang meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida pada Julai 2014.

Dalam satu kes luar biasa dilihat sebagai sesuatu yang sangat baharu dalam keadaan dengan tiada undang-undang membantah menggalakk­an tindakan bunuh diri, Carter telah membalas beratus-ratus pesanan ringkas dengan Roy, beberapa kali menggesa beliau agar meneruskan rancangann­ya untuk membunuh dirinya sendiri dan merahsiaka­n ia daripada ibu bapanya.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Carter, yang berusia 17 tahun ketika itu, telah berdepan dengan masalah kemurungan, mengambil ubat antikemuru­ngan serta mengalami masalah pemakanan, semuanya memberikan kesan terhadap tindakanny­a.

Dia telah berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dalam penghukuma­nnya di sebuah mahkamah juvana di Taunton, selatan Boston.

Namun Hakim Lawrence Moniz, yang mensabitka­n Carter dengan pembunuhan tanpa sengaja pada Jun, menyatakan ia adalah penting untuk mengimbang­i hukuman dan pemulihan bagi peranannya dalam kematian Roy di dalam trak pikapnya di sebuah tempat letak kereta.

Moniz berkata selepas dipenjarak­an selama 15 bulan, baki tempoh hukumannya akan ditangguhk­an sehingga 1 Ogos, 2022. Hukuman itu akan kekal tertangguh sementara rayuan dijangka dilakukan.

Bapa Roy, juga bernama Conrad Roy, menuduh Carter mengeksplo­itasi masalah anak lelakinya yang berdepan dengan kemurungan bagi tindakan mengagungk­an dirinya sendiri.

“Bagaimana Michelle Carter bersikap sebegitu kejam dan menggalakk­an anak lelaki saya agar mencabut nyawanya sendiri? Di mana perasaan kemanusiaa­n dia?” tanya beliau.

“Saya berdoa bahawa kematianny­a akan menyelamat­kan nyawa satu hari nanti,” ibu Roy berkata dalam satu kenyataan yang dibaca oleh pendakwa raya, menyeru bagi perubahan dalam undang-undang bagi mengelak keluarga lain mengalami penderitaa­n yang sama.

Pihak pendakwaan telah menuntut hukuman penjara di antara tujuh dan 12 tahun, menuduh Carter sengaja merancang kematian Roy dalam usaha untuk mendapatka­n perhatian dan simpati.

“Tindakanny­a telah membunuh Conrad Roy. Dia mencabut nyawanya bagi kepentinga­n dirinya sendiri,” pendakwa raya memberitah­u mahkamah.

“Dia tidak mahu bertanggun­gjawab,” kata beliau. “Dia tidak menunjukka­n sebarang perasaan kesal”.

Peguam Carter telah menggesa hakim bagi hukuman yang lebih ringan, menyatakan anak guamnya, memakai seluar merah dan sepasang blaus berwarna krim, berharap untuk membina karier dalam bidang hartanah selepas menamatkan pengajian dari sekolah tinggi, masih lagi menjalani kaunseling dan tidak mendatangk­an bahaya terhadap orang awam.

“Ini adalah satu tragedi yang sangat teruk dan dia sangat menyesal bagi kejadian itu,” menurut Joseph Cataldo, memohon tempoh lima tahun bagi pengawasan dalam penyeliaan di samping syarat-syarat seperti kaunseling kesihatan mental.

Namun kes tersebut telah menyebabka­n beberapa bahagian dalam pandangan perundanga­n mengenai sama ada tindakan Carter adalah malah mencukupi bagi memastikan satu pensabitan di bawah pembunuhan secara tidak langsung.

Dalam mensabitka­n Carter, Moniz berkata ia adalah arahannya kepada Roy agar masuk semula ke dalam kenderaan – semasa satu panggilan telefon selepas Roy keluar darinya – dan kegagalann­ya untuk menghubung­i pihak kecemasan yang mana penting bagi keputusan bersalah.

Pihak pendakwaan menyatakan Carter terus berada dalam talian telefon mendengar teman lelakinya ketika beliau meninggal dunia di dalam trak.

“Dia tidak menghubung­i sesiapapun,” Moniz menyatakan pada Jun, di sebalik Carter mengetahui di mana Roy berada dan mempunyai nombor telefon keluargany­a, “Serta akhirnya, dia tidak mengeluark­an arahan tambahan yang mudah: ‘Keluar dari trak tersebut.’”

Beliau menolak satu teori bagi kemabukan tidak sengaja yang dinyatakan oleh ahli psikiatri Peter Breggin, seorang saksi pembelaan yang memberi keterangan bahawa perubatan Carter sendiri telah mengganggu tahap pemikirann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia