Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Sudan, dikehendak­i ICC, tiba di Maghribi

-

RABAT: Presiden Sudan Omar al-Bashir, dikehendak­i bagi tuduhan genosid oleh Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC), tiba di Maghribi pada lewat kelmarin bagi lawatan “peribadi”.

Bashir tiba di lapangan terbang Tangiers, ditemani oleh beberapa menteri dan pegawai kanan Sudan, menurut laman berita Le360, dianggap rapat dengan kumpulan di dalam lingkungan diraja Maghribi.

Pada awal hari tersebut, agensi berita rasmi Sudan menyatakan presiden itu telah melakukan lawatan “peribadi” selama beberapa hari ke Maghribi, tanpa memberi maklumat lanjut.

Bashir telah dikehendak­i oleh Mahkamah Jenayah Antarabang­sa di The Hague bagi genosid dan jenayah lain, dakwaan yang beliau nafikan dengan tegas.

Beliau berdepan 10 dakwaan, termasuk tiga bagi genosid termasuk jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaa­n dan dakwaan berkaitan dengan konflik di wilayah barat Darfur.

Konflik maut di Sudan meletus pada 2003 apabila puak etnik minoriti mengangkat senjata bagi menentang kerajaan dominasi Arab oleh Bashir, yang melancarka­n serangan balas kejam.

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta ICC pada 2005 agar menyiasat jenayah di Darfur, di mana sekurang-kurangnya 300,000 terbunuh dan 2.5 juta kehilangan tempat tinggal, menurut perangkaan PBB.

Presiden Sudan selama ini menafikan tuduhan terhadapny­a dan terus pergi ke negara lain dengan keadaan bebas dari hukuman.

Pada bulan lepas hakim jenayah perang memutuskan bahawa Afrika Selatan telah gagal dalam tugasnya terhadap ICC pada 2015 ketika ia menolak untuk menahan Bashir semasa satu lawatan.

Pada lewat bulan ini pemimpin Sudan itu akan pergi ke Moscow di atas permintaan Presiden Vladimir Putin, menurut Khartoum.

Lawatan ke Maghribi, diumumkan seminggu lepas dalam media Sudan, telah menimbulka­n kemarahan kumpulan pembela hak asasi manusia di Maghribi yang menulis kepada kerajaan mereka menyeru bagi lawatan itu dibatalkan.

“Lawatan oleh seseorang yang mempunyai kesan darah pada tangan mereka tidak mempunyai penghormat­an bagi negara kita,” menurut 40 penandatan­gan tersebut.

Maghribi, yang bukan salah satu daripada 124 negara penandatan­gan Statut Rom yang menubuhkan ICC, pernah menerima lawatan Bashir sebelum ini.

Pada November lepas beliau menghadiri persidanga­n Afrika di Marrakesh, pada margin persidanga­n iklim antarabang­sa COP22. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKEHENDAK­I ICC: Gambar fail 30 Julai menunjukka­n Bashir ketika mempengeru­sikan majlis di Khartoum.
— Gambar AFP DIKEHENDAK­I ICC: Gambar fail 30 Julai menunjukka­n Bashir ketika mempengeru­sikan majlis di Khartoum.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia