Utusan Borneo (Sarawak)

Barat daya Jepun bersiap sedia untuk Taufan Noru

-

TOKYO: Satu kawasan luas di barat daya Jepun, termasuk beberapa kawasan yang terjejas akibat hujan lebat pada bulan lepas, semalam berdepan dengan lebih banyak penurunan hujan ketika Taufan Noru, pada satu peringkat adalah ribut paling kuat di dunia pada tahun ini, bergerak semakin hampir dengan pulau utama di negara ini.

Rangkaian pulau Amami, terletak hanya di selatan dari pulau utama barat daya Kyushu dan kira-kira 1,350 kilometer ( 840 batu) dari Tokyo, akan dilanda angin kuat dan hujan lebat dari tengah hari Jumaat, dengan sehingga 800 milimeter kemungkina­n dalam tempoh 48 jam akan datang, lapor Agensi Meteorolog­i.

Noru – perkataan Korea bagi sejenis rusa – kemungkina­n akan melencong kemudian ke utara dan melanda Kyushu, walaupun bahagian utara pulau, yang pada bulan lepas dilanda hujan lebat dan banjir yang mengorbank­an 36 nyawa dan menyebabka­n empat hilang, adalah kemungkina­n akan terselamat dari keadaan yang teruk, kata seorang jurucakap agensi.

“Ini adalah ribut yang bergerak sangat perlahan,” tambah beliau, menjelaska­n ini bermakna terdapat bahaya yang lebih tinggi bagi banjir disebabkan oleh hujan lebat berterusan di sebuah kawasan.

Noru, pada satu peringkat merupakan taufan Kategori 5 dan sejenis ribut yang selalunya berterusan, terbentuk pertama kali pada dua minggu lepas dan berpusar-pusar di sekitar utara Pasifik sebelum menuju ke barat laut dan menyasarka­n ke Jepun, menjadi semakin lemah ketika ia menghampir­i.

Bergantung kepada bagaimana perubahan pergerakan­nya, Noru juga boleh menuju terus di sekitar Kyushu dan kemudian di sepanjang pulau utama Honshu di Jepun, namun pergerakan jangka lebih panjang adalah masih sukar untuk mengesanny­a, tambah jurucakap itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia