Utusan Borneo (Sarawak)

Kokain 1.46 tan menuju Australia dirampas

-

SYDNEY: Sejumlah besar kokain yang menuju Australia dalam badan sebuah kapal layar telah dipintas oleh tentera laut Perancis di Lautan Pasifik, kata pegawai semalam.

Dadah seberat 1.46 tan itu dengan anggaran nilai pasaran AU$322 juta (RM1.09 bilion) dirampas di Pasifik Selatan dan empat anggota kru, dipercayai warga Lithuania dan Latvia, telah ditangkap.

Kapal “Afalina”, yang belayar dari Amerika Selatan, ditunda ke Noumea di New Caledonia, sebuah wilayah Perancis.

Suruhanjay­a Perisikan Jenayah Australia berkata ia bekerjasam­a dengan rakan antarabang­sa untuk menyiasat “sindiket Lithuania” dan menentukan tempat asal sebenar dadah itu selepas rampasan pada minggu lepas.

“Kami bersyukur bagi tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Perancis yang berjaya mencegah jumlah dadah yang signifikan daripada sampai ke jalan-jalan di Australia,” kata pengarah eksekutif perisikan suruhanjay­a, Col Blanch.

“Ini menunjukka­n kepentinga­n kerjasama di antara penguatkua­saaan antarabang­sa dan agensi perisikan untuk menyasari perusahaan jenayah transnasio­nal dengan berkesan.”

Dadah tersebut dimusnahka­n kelmarin dalam relau di sebuah loji nikel Noumea, kata jurucakap syarikat itu.

Dengan harga pasarannya yang tinggi, Australia merupakan destinasi yang menarik bagi penyeludup dadah. Negara itu juga mempunyai masalah yang semakin serius dengan ketagihan pil khayal.

Pada bulan lepas, tiga lelaki didakwa selepas dituduh berkomplot untuk menyeludup sejumlah besar pil khayal dari Amerika Syarikat ke Australia dalam sebuah pesawat ringan menerusi Lautan Pasifik. —

 ?? — Gambar AFP ?? RAMPASAN: Gambar serahan Suruhanjay­a Perisikan Jenayah Australia semalam menunjukka­n kapal layar yang membawa kokain seberat 1.46 tan menuju ke Australia selepas ia dipintas oleh tentera laut Perancis di Lautan Pasifik.
— Gambar AFP RAMPASAN: Gambar serahan Suruhanjay­a Perisikan Jenayah Australia semalam menunjukka­n kapal layar yang membawa kokain seberat 1.46 tan menuju ke Australia selepas ia dipintas oleh tentera laut Perancis di Lautan Pasifik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia