Utusan Borneo (Sarawak)

Bank terbesar Australia dituduh ‘tidak patuhi undang-undang antiterori­sme’

-

SYDNEY: Bank terbesar di Australia kelmarin dibawa ke mahkamah oleh agensi perisikan kewangan negara, selepas ia dituduh melakukan kesalahan yang serius dan sistematik apabila ia tidak mematuhi undang-undang pembiayaan antiterori­sme dan antipengub­ahan wang.

AUSTRAC berkata ia mengambil tindakan sivil terhadap Bank Komanwel di Mahkamah Persekutua­n kerana didakwa melanggar undang- undang tersebut sebanyak 53,700 kali, khususnya berhubung mesin deposit wang tunai.

Gergasi kewangan itu boleh dikenakan denda yang amat besar jika didapati bersalah.

Gergasi perjudian Tabcorp pada Mac lalu dikenakan denda AU$45 juta (RM153 juta) – denda sivil terbesar dalam sejarah korporat Australia – oleh Mahkamah Persekutua­n bagi 108 pelanggara­n ke atas undang-undang yang sama.

“Apabila mereka gagal menyediaka­n sistem dan kawalan AML/CTF (Pembiayaan Anti-Terorisme dan AntiPengub­ahan Wang) yang sihat, perniagaan berisiko disalahgun­akan bagi tujuan jenayah,” pemangku ketua AUSTRAC Peter Clark menyebut dalam satu kenyataan.

“Matlamat AUSTRAC adalah untuk memiliki sebuah sektor kewangan yang sentiasa berjaga- jaga dan berupaya untuk bertindak, termasuk menerusi inovasi, terhadap ancaman daripada eksploitas­i jenayah.”

Bank itu dituduh gagal menyampaik­an tepat pada waktunya kepada AUSTRAC 53,506 laporan bagi transaksi wang tunai sebanyak AU$ 10,000 ( RM34,000) atau lebih di mesin antara November 2012 hingga September 2015, dengan nilai keseluruha­n AU$624.7 juta (RM2.12 bilion).

Bank itu juga gagal melaporkan awal transaksi mencurigak­an, atau langsung tidak melaporkan­nya, ber- jumlah AU$77 juta (RM261.8 juta), dan tidak memantau pelanggan atau mengurus risiko walaupun selepas mengesyaki peng-ubahan wang, dakwa agensi berkenaan.

Bank itu, syarikat terbesar di Australia menurut modal pasaran, menyebut dalam satu kenyataan bahawa ia telah mengadakan perbincang­an dengan AUSTRAC “bagi tempoh yang dilanjutka­n dan bekerja sama sepenuhnya dengan permintaan mereka”.

“Setiap tahun kami me- laporkan lebih empat juta transaksi kepada AUSTRAC dalam usaha untuk mengenal pasti dan memerangi sebarang aktiviti mencurigak­an dengan secepat dan secekap mungkin,” katanya, dan menambah “kami telah berusaha secara berterusan untuk menambahba­ik kepatuhan kami”.

“Kami sedang meneliti semula sifat prosiding dan kami akan membuat kenyataan seterusnya mengenai dakwaan khusus pada waktu yang sesuai nanti.” —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia