Utusan Borneo (Sarawak)

Serang wanita, pemenang ‘So You Think You Can Dance’ masuk penjara

-

LOS ANGELES: Seorang pemenang dalam rancangan terbitan Fox “So You Think You Can Dance” dijatuhi hukuman penjara selama setahun kelmarin kerana menyerang teman wanitanya dan melontar pasu kaca ke arah seorang wanita lain, menurut pendakwa raya.

Joshua Allen, 28, dari Hollywood Utara, mengaku tidak membantah terhadap tuduhan feloni kerana sengaja mencederak­an teman wanitanya selepas satu pensabitan awal dan serangan menggunaka­n senjata berbahaya, pejabat peguam daerah Los Angeles County menyatakan dalam satu kenyataan yang tidak menyebut nama mangsa.

Penari berusia 28 tahun, yang menetap di Hollywood Utara, dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan di sebuah penjara wilayah dengan percubaan rasmi selama lima tahun.

Dia juga diarahkan menjalani kaunseling keganasan domestik selama setahun dan menjauhi mangsa selama 10 tahun.

Allen ditangkap kerana mencekik bekas teman wanitanya pada 13 April tahun lepas, dan dua bulan kemudian, ketika berdepan pendakwaan mengenai serangan tersebut, mengejar mangsa ke dalam sebuah kedai kopi ketika mangsa cuba melarikan diri daripadany­a.

Dia turut melontar pasu kaca ke arah seorang wanita yang cuba membantu teman wanitanya dan menyerang seorang lelaki yang cuba campur tangan. Kenyataan tidak menyatakan sama ada pasu terkena atau sama ada kedua-dua yang membantu itu cedera atau tidak.

Allen, yang nama tengahnya adalah Demon, bercadang untuk merosakkan kedai kopi sehingga dia berjaya dihalang oleh orang awam, menurut pendakwa raya.

Berasal dari Texas, dia telah mula menari pada usia lapan tahun, meminati tarian ‘ moonwalk’ ikonik oleh legenda pop Michael Jackson. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia