Utusan Borneo (Sarawak)

IBR pastikan SPAN bersih gejala rasuah

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) komited mengekalka­n kedudukan institusi itu sebagai antara suruhanjay­a yang paling baik dalam aspek menghindar­i perlakuan rasuah atau amalan salah guna kuasa dalam kalangan warganya.

Komitmen itu diserlahka­n melalui kesediaan SPAN menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) SPRM Datuk Seri Jamidan Abdullah semalam.

Pengerusi SPAN Datuk Liang Teck Meng berkata sebagai sebuah badan yang berurusan dengan hal berkaitan penguatkua­saan, perlesenan, permit dan perakuan, SPAN perlu memperkuku­h dan membudayak­an amalan integriti dalam kalangan warganya bagi menjamin sebarang unsur rasuah dapat dikekang sebelum ia bermula.

Beliau berkata IBR merupakan sebuah dokumen rasmi sebagai tanda pengisytih­aran secara individu kakitangan suruhanjay­a itu dalam menentang sebarang gejala rasuah yang akhirnya membawa kepada peningkata­n ke atas sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Langkah menandatan­gani IBR dibuat bukan atas desakan sesiapa tetapi atas inisiatif sendiri kerana percaya kami tidak ada apa-apa yang hendak disembunyi­kan.

“Kami mahu SPAN kekal bersih seputih dan sebersih sepertiman­a warna putih yang menjadi warna rasmi baju korporat yang dipakai,” katanya ketika berucap pada majlis menandatan­gani IBR yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini.

Liang berkata selain menzahirka­n azam untuk berusaha dengan lebih bertanggun­gjawab dan bebas rasuah dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n, IBR itu turut memberi mesej yang sangat signifikan kepada mereka yang berurusan dengan SPAN.

“Apabila terlibat dalam aktiviti kawal selia seperti perlesenan, permit dan agensi perakuan, SPAN juga berdepan risiko tinggi berlakunya jenayah rasuah, jadi IBR ini memberi mesej jelas kepada pihak berkaitan agar tidak mengamalka­n rasuah semasa berurusan dengan kami,” ka- tanya.

Pada majlis itu, Liang turut melancarka­n Kempen 3J, iaitu ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle’ peringkat SPAN sebagai antara inisiatif membantu usaha SPRM mencegah budaya rasuah dalam industri di bawah selian suruhanjay­a itu.

Bertemakan ‘Gerakan Anti Rasuah Ke Arah Melestarik­an Perkhidmat­an Air’, agenda kempen itu tidak hanya menumpukan kepada amalan rasuah pada peringkat tertentu sahaja tetapi akan diserapkan di seluruh industri perkhidmat­an air di negara ini, katanya.

Dalam pada itu, Jamidan dalam ucapannya memuji langkah SPAN menandatan­gani IBR yang disifatkan sebagai satu usaha berani dan bertanggun­gjawab dalam memastikan pengukuhan integriti dan menjauhi amalan rasuah dalam kalangan warga kerja suruhanjay­a itu.

Beliau berkata IBR yang merupakan satu usaha pencegahan tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, khususnya dalam aspek tampil melaporkan dan menjadi saksi dalam kes perlakuan rasuah kepada SPRM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAFAZ IKRAR: Para pegawai Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis IBR SPAN yang turut dihadiri Mohamad Jamidan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LAFAZ IKRAR: Para pegawai Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis IBR SPAN yang turut dihadiri Mohamad Jamidan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA DOKUMEN: Mohamad Jamidan (dua kanan) menerima dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Mohd Ridhuan sambil diperhatik­an Liang (kanan) dan Tan (kiri) pada majlis IBR SPAN di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA DOKUMEN: Mohamad Jamidan (dua kanan) menerima dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Mohd Ridhuan sambil diperhatik­an Liang (kanan) dan Tan (kiri) pada majlis IBR SPAN di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia