Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DITEMUI MATI JATUH BANGUNAN

-

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman 18 tingkat di MJC, Batu Kawa di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Chai Tak Foh, 37, itu dijumpai dalam keadaan terlentang di tingkat satu bangunan kediaman itu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari yang turut disedari seorang penghuni yang terdengar bunyi dentuman di bahagian luar rumah.

“Saya terdengar bunyi benda jatuh, tetapi hanya menyangka orang membuang sampah dari tingkat atas.

“Selepas keluar memeriksa, saya terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, namun belum dapat dipastikan sama ada mangsa terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Terdapat kesan percikan darah di dinding dan cebisan otak berhampira­n mayat mangsa di lantai berkenaan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 petang.

Susulan itu katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa berjaya dibawa turun dari tingkat satu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan turut mengesahka­n kejadian tersebut.

 ??  ?? NGERI: Mayat mangsa ditemui di kondominiu­m MJC Batu Kawa semalam.
NGERI: Mayat mangsa ditemui di kondominiu­m MJC Batu Kawa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia