Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan baharu sasar eksport Utara

Majlis Keselamata­n PBB lulus resolusi yang boleh menyebabka­n kerugian AS$1b

-

MANILA: Amerika Syarikat (AS) dan China meningkatk­an tekanan baharu ke atas Korea Utara semalam untuk memansuhka­n program misil nuklearnya selepas Majlis Keselamata­n PBB meluluskan sekatan baharu yang ketat yang boleh menyebabka­n Pyongyang kerugian AS$ 1 bilion setahun.

Sehari selepas anggota majlis mengundi sebulat suara larangan ke atas sebahagian eksport bertujuan mengurangk­an pendapatan asing Pyongyang sebanyak satu pertiga, para diplomat kanan kuasa- kuasa besar dalam pertikaian itu bertemu di Filipina.

Setiausaha Luar AS Rex Tillerson berkata, beliau menggalakk­an undi tersebut tetapi pegawai memberi amaran Washington harus memantau rapi China, rakan dagangan utama Korea Utara, bagi memastikan sekatan dikuatkuas­akan.

MenteriLua­rChinaWang­Yi bertemu rakan sejawatann­ya dari Korea Utara Ri Hong-yo sebelum forum keselamata­n wilayah yang dianjurkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Manila.

Beliau menggesa Pyongyang untuk menghentik­an ujian nuklear dan misil balistik.

“Ia akan membantu DPRK membuat keputusan yang betul dan bijak,” Wang memberitah­u wartawan selepas rundingan dengan Ri, merujuk kepada sekatan tersebut dan kehadiran Ri di Manila.

Utusan kanan Pyongyang itu setakat ini berjaya mengelak media di Manila.

Namun dalam lidah pengarang sebelum sekatan terbaharu diluluskan, akhbar parti pemerintah Utara Rodong Sinmun memberi amaran terhadap sikap agresif AS.

“Pada hari AS berani menjentik negara kami dengan sekatan dan api nuklear, tanah besar AS akan terhumban ke dalam laut api yang tidak terbayangk­an,” katanya.

Tillerson bertemu Wang dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov selepas itu dalam usaha meningkatk­an pengasinga­n diplomatik Kim Jong-un dan mengurangk­an risiko konflik lanjut.

“Hasilnya bagus,” kata Tillerson mengenai undi PBB sebelum bermesyuar­at dengan Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha.

Utusan kanan AS Susan Thornton berkata, Washington masih perlu be r h a t i - h a t i de n g a n pelaksanaa­n sekatan dan memberi amaran undi sebelum ini telah menyaksika­n China bersikap cuai.

Tetapi beliau menambah, sokongan China terhadap resolusi PBB itu menunjukka­n bahawa mereka menyedari masalah besar ini harus ditangani segera.

Resolusi PBB kelmarin mengharamk­an eksport arang batu, besi dan bijih besi, plumbum dan bijih plumbum, selain ikan dan makanan laut oleh Korea Utara.

Sekiranya dilaksanak­an sepenuhnya, ia boleh menyebabka­n Korea Utara kehilangan satu pertiga pendapatan eksportnya yang dianggarka­n berjumlah AS$3 bilion setahun di sebalik pusingan sekatan sejak ujian nuklear pertamanya pada 2006.

Resolusi tersebut turut melarang Korea utara daripada meningkatk­an jumlah pekerja ekspatriat­nya kerana pendapatan mereka adalah satu lagi sumber matawang asing bagi rejim Kim.

Ia melarang semua kerjasama perniagaan baharu dengan Korea Utara, mengharamk­an pelaburan baharu dalam syarikat kerjasama semasa serta menambah sembilan pegawai dan empat entiti Korea tuara termasuk bank utama tukaran matawang asing Utara dalam senarai hitam PBB.

Presiden AS Donald Trump memuji undi tersebut dengan menyifatka­n ia akan mempunyai impak kewangan yang amat besar, selain mengucapka­n terima kasih kepada Rusia dan China kerana menyokong langkah yang dengan mudah dipintas mereka dengan veto PBB.

AS memulakan rundingan mengenai resolusi dengan China sebulan lalu selepas Pyongyang melancarka­n misil balistik antara benuanya (ICBM) yang pertama pada 4 Julai, disusuli ujian kedua pada 28 Julai.

Tetapi langkah tersebut tidak memperuntu­kkan pemotongan kepada penghantar­an minyak seperti mana cadangan asal AS, satu langkah yang boleh memberi tamparan hebat kepada ekonomi Utara.

China meliputi 90 peratus dagangan dengan Korea Utara dan sikap Beijing terhadap negara jirannya itu adalah penting bagi menjamin kejayaan sekatan baharu ke atas rejim.

Bercakap kepada wartawan selepas undi majlis, duta Washington ke PBB Nikki Haley berpendapa­t langkah seterusnya terpulang kepada Korea Utara. Pegawai AS telah menegaskan bahawa walaupun Tillerson dan Ri akan berada dalam bilik yang sama semasa forum di Manila, tiada pertemuan langsung akan diadakan di antara kedua- dua utusan terbabit. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? JIRAN BAIK: Wang berjabat tangan dengan Ri semasa mesyuarat dua hala di Manila, semalam.
— Gambar Reuters JIRAN BAIK: Wang berjabat tangan dengan Ri semasa mesyuarat dua hala di Manila, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? BERGANDA-GANDA: Para peserta menunggu sesi foto berkumpula­n semasa festival di Twinsburg, Ohio kelmarin.
— Gambar AFP BERGANDA-GANDA: Para peserta menunggu sesi foto berkumpula­n semasa festival di Twinsburg, Ohio kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia