Utusan Borneo (Sarawak)

LALUAN SARAWAK KEMBALI TERBUKA•

Pengiran Bala lega anak buahnya bangkit membenam Pulau Pinang dengan 2-0

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pengendali Sarawak, Pengiran Bala lega Sarawak berjaya mencipta kemenangan bergaya mengatasi Pulau Pinang dengan 2-0 pada aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Kejayaan itu sekali gus membuka laluan bagi skuad Ngap Sayot bangkit untuk terus kekal bersaing dalam liga domestik negara musim depan.

Bagaimanap­un, Sarawak hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata di belakang Melaku United selepas mencatat kemenangan besar menundukka­n T-Team dengan 5-1.

Ini ternyata menjadi ancaman kepada laluan Sarawak untuk keluar daripada zon penyingkir­an yang kini berada tangga kedua tercorot liga.

Namun, Pengiran Bala berharap skuad bimbingann­ya dapat meneruskan rentak kemenangan pada aksi berikutnya apabila turun selaku pasukan pelawat menentang Pahang di Kuantan pada 20 September depan.

Mengulas aksi perlawanan bertemu Pulau Pinang malam kelmarin, beliau berkata misi mesti menang Sarawak tercapai dan merupakan kemenangan sulung di laman sendiri musim ini.

“Kita cukup gembira dengan perancanga­n yang dibuat dapat dilaksanak­an dengan jayanya malah objektif untuk mengutip tiga mata penuh turut berjaya dikecapi malam ini (malam kelmarin).

“Mereka (pemain-pemain) telah memberikan usaha dan semangat perjuangan tinggi dalam perlawanan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Beliau turut memuji barisan skuad muda Sarawak yang bekerja keras memberi saingan kepada Pulau Pinang dibarisi pemain senior serta berpengala­man.

Menurut Pengiran Bala, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selepas ketiadaan tonggak utama yang dirundung kecederaan untuk diturunkan.

“Namun, mereka telah menunjukka­n prestasi yang cemerlang dan menyerlah dalam perlawanan.

“Ia pasti menjadi pengalaman yang berguna kepada mereka untuk beraksi lebih konsisten dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Beliau turut berharap tempoh rehat panjang selepas ini dapat dimanfaatk­an untuk memperkema­s dan memantapka­n jentera pasukan dari segenap sudut.

Sehubungan itu, Pengiran Bala mengakui banyak perkara perlu dilakukan dalam usaha mengangkat semula prestasi pasukan selepas beraksi muram sepanjang musim ini.

Kita gembira dengan perancanga­n yang dibuat dapat dilaksanak­an dengan jayanya malah objektif untuk mengutip tiga mata penuh turut berjaya dikecapi. Pengiran Bala Pengendali Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? GEMBIRA: Pemain Sarawak meraikan jaringan pertama hasil tandukan Mohd Aliff Hassan (dua kanan) pada aksi menentang Pulau Pinang di Kuching malam kelmarin.
GEMBIRA: Pemain Sarawak meraikan jaringan pertama hasil tandukan Mohd Aliff Hassan (dua kanan) pada aksi menentang Pulau Pinang di Kuching malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGIRAN BALA
PENGIRAN BALA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia