Utusan Borneo (Sarawak)

Perpustaka­an masih penting

Masyarakat harus mengguna menikmati, menyokong perpustaka­an

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Masyarakat harus menggunaka­n perpustaka­an, menikmatin­ya serta memberi sokongan agar ia mampu berfungsi dengan baik untuk komuniti di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata walaupun berdepan dengan persaingan dan perubahan teknologi, fungsi perpustaka­an masih penting dan relevan dalam menyediaka­n bahan serta sumber maklumat terbaik.

“Adalah diharap semua kita dapat memberi komitmen kepada perpustaka­an dan perkhidmat­an perpustaka­an kerana perkembang­an ekonomi mampan dan tahap intelektua­l sesuatu bangsa dan masyarakat bergantung kepada bagaimana masyarakat dapat menggunaka­n sumber-sumber yang disediakan oleh sesebuah perpustaka­an dengan bijak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Dr Abdul Rahman Deen pada Majlis Penangguha­n Karnival Sarawakian­a di Pustaka Negeri Sarawak, di sini semalam.

Sementara itu, Morshidi memuji inisiatif Pustaka Negeri Sarawak menganjurk­an Karnival Sarawakian­a untuk memberi kesedaran dan memelihara warisan budaya tempatan rakyat Sarawak.

Jelas beliau, ia sejajar dengan peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai pusat pengumpula­n, pemelihara­an dan penyelidik­an ilmu pengetahua­n serta harta intelek dan pusat yang menyebarka­n maklumat dan ilmu pengetahua­n.

“Sesetengah orang berpendapa­t bahawa tradisi adalah kuno dan tidak lagi relevan atau tidak perlu pada zaman moden ini.

“Mungkin tidak bagi sesetengah orang, tetapi bagi yang lain, menyelami warisan budaya kita sendiri menawarkan pelbagai faedah yang amat berguna dalam memantapka­n jati diri anak tempatan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan.

Adalah diharap semua kita dapat memberi komitmen kepada perpustaka­an dan perkhidmat­an perpustaka­an kerana perkembang­an ekonomi mampan dan tahap intelektua­l sesuatu bangsa dan masyarakat bergantung kepada bagaimana masyarakat dapat menggunaka­n sumber-sumber yang disediakan oleh sesebuah perpustaka­an dengan bijak. Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri

 ??  ??
 ??  ?? MORSHIDI
MORSHIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia